suria

Bella Astillah, Syed Saddiq harap majlis pertunangan berjalan lancar… “Dibuat secara sederhana dalam suasana penuh kasih sayang”

Majlis pertunangan Bella dan Syed Saddiq dinantikan ramai peminat.

PELAKON Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang bakal mengikat tali pertunangan pada petang Sabtu memohon doa orang ramai agar majlis bahagia mereka berjalan lancar.

Menerusi ucapan pada kad undangan, pasangan itu memberitahu majlis yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini hanya dilakukan secara sederhana.

Syed Saddiq melamar Bella di Gunung Kinabalu. 

“Majlis akan diadakan secara sederhana dalam suasana penuh kasih sayang bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. 

“Kami mengharap agar semua dapat mendoakan majlis kami berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah SWT,” ucap kedua-dua pasangan itu pada kad undangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq bertunang hari ini… “Bukan pengakhiran cerita, ini permulaan” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah kongsi kata-kata positif untuk kebaikan

Sebelum ini teka-teki hubungan istimewa antara Bella dan Syed Saddiq akhirnya terjawab apabila mereka berkongsi berita bakal bertunang hari ini. 

Syed Saddiq dalam satu perkongsian di Instagram memaklumkan perkara tersebut sebagai tanda lamaran kepada Bella. 

Bella mohon doa agar majlis berjalan lancar. 

Dalam video yang dimuat naik, Syed Saddiq dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini. 

Malah dia juga mengimbas kembali hubungan mereka yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain