TIADA angin tiada ribut, abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah seakan-akan memberi bayangan mengenai status hubungan adiknya bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.Ini susulan tindakan Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang meluahkan rasa penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Bella ke dalam keluarga mereka menerusi satu rakaman video yang tular di media sosial. “Saya hargai awak. Saya sayang awak. Selamat datang ke ke… baru nak cakap selamat datang ke keluarga, eh,” katanya memetik laporan Astro Gempak.Hubungan Dollah dan Bella sememangnya rapat.Dalam masa sama, Dollah turut berkongsi keterujaannya apabila menerima hadiah daripada Bella semasa melakukan siaran langsung di TikTok.Malah dia juga terlihat gembira melihat kelakuan Bella terhadap ibunya semasa menyambut hari raya bersama tempoh hari.“Bella! Bella! Dia bagi saya banyak sangat hadiah. Oh, saya tahu kenapa dia bagi hadiah.“Sebab hari tu bila dia bagi angpau dekat mama, saya rasa happylah. Awak bagi angpau dekat mama, awak tak bagi dekat saya.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah kongsi kata-kata positif untuk kebaikanARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah didakwa tak bagi anak-anak jumpa bekas suami, Didi Astillah tampil bersuara“Sekarang dia bagi saya hadiah. Terima kasih banyak, Bella,” ujarnya lagi.Perkongsian tersebut sekali gus mengundang perhatian ramai yang mula membuat spekulasi mengenai hubungan rapat antara Bella dan Syed Saddiq.Rata-rata mereka mendoakan dan menantikan khabar gembira dari pasangan itu. Peminat menantikan hari bahagia Bella dan Syed Saddiq."Ada ura-ura beritahu BASS bakal bertunang 28.3.2026 ini, betul ke tarikh itu? Yang pasti Space Dollah dah spill the tea."Macam dah tak boleh tahan nak meluahkan sesuatu. Tapi sabar, kami tak sabar untuk esok."Kelakar Dollah ini, nampak berat sangat tanggungjawab nak simpan rahsia itu ," antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube