PELAKON Bella Astillah,32, mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,34, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.Majlis yang diadakan sekitar tiga petang itu dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan terdekat kedua-dua belah pihak. Dalam majlis berkenaan, Syed Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella. Syed Saddiq sebelum ini melamar Bella di Gunung Kinabalu.Menariknya, antara hantaran daripada pihak Syed Saddiq adalah pemberian berbentuk kewangan dan masa depan termasuk pembukaan akaun Tabung Haji buat Bella serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) untuk dua anak pelakon itu iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.Selain itu, turut disertakan cincin sebagai simbol ikatan pertunangan. Sementara itu, pihak Bella memberikan beberapa dulang hantaran berupa set minyak wangi, makanan kucing dan beberapa hadiah menarik sebagai tanda.ARTIKEL BERKAITAN: Anak Bella Astillah ucap tahniah, panggil Syed Saddiq ‘daddy’ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Syed Saddiq bertunang hari ini… “Bukan pengakhiran cerita, ini permulaan”Majlis pertunangan itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa rakan artis antaranya Nur Fazura, Que Haidar, Nora Danish, Datuk A Aida, Nabil Ahmad, Ben Ali dan Ellie Suriaty.Terdahulu, Syed Saddiq menamatkan spekulasi mengenai hubungannya dengan Bella apabila mengumumkan mereka bakal melangsungkan pertunangan pada Sabtu.Hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella mula menjadi perhatian sejak akhir 2024 apabila beberapa foto dan video mereka tular di media sosial serta mendapat perkongsian meluas dalam kalangan peminat.Kedua-duanya sebelum itu dilihat bekerjasama dalam kempen sebuah jenama, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa antara mereka.Anak-anak beri restu hubungan Bella dan Syed Saddiq.Memasuki Januari 2025, kemesraan pasangan ini semakin jelas apabila mereka mendaki Gunung Kinabalu, Sabah bersama-sama sambil mengenakan busana tradisional Melayu bagi menjayakan kempen berkenaan.Syed Saddiq juga pernah memuat naik hantaran istimewa di Instagram dengan menggelarkan Bella sebagai ‘iron lady’, selain memuji sifatnya yang rajin, serba boleh serta memiliki keperibadian penyayang dan ikhlas sehingga tercetus fenomena #BASS dalam media sosial.Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum bercerai pada 13 Jun 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube