SEORANG pencipta kandungan dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Terry Pernell meluahkan rasa kagum terhadap anak sulung penyanyi Bella Astillah iaitu Mohamad Ayden Adrean ketika sama-sama mendaki ke Gunung Kinabalu, Sabah.Menurut Terry, Ayden bukan sahaja memiliki sikap tenang dan berdisiplin, malah berjaya meninggalkannya di belakang sepanjang pendakian meskipun usianya baru menginjak sembilan tahun. “Berpeluang bertemu seorang legenda sejati (Ayden) ketika mendaki Gunung Kinabalu.Terry sifatkan Ayden sebagai seorang yang tenang dan disiplin.“Tenang, langkahnya konsisten, namun tanpa disangka dia meninggalkan saya jauh di belakang.“Perjalanan ini mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak semestinya ditentukan oleh usia,” katanya.Terry berkongsi pengalaman itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya pada awal pagi Jumaat.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebijaksanaan serta cara Ayden berkomunikasi dengan Terry yang disifatkan sebagai matang dan beradab.ARTIKEL BERKAITAN: Momen Bella Astillah, anak dan Syed Saddiq di Nice curi perhatian, dipuji macam ‘family goals’… “Okay sempurna, sekarang dah boleh kahwin”ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dedah Ayden kena buli, dipanggil anak yatim di sekolahMalah, ramai turut memuji cara didikan Bella yang dilihat berjaya membesarkan anaknya tanpa melupakan asal-usul bapa kandung Ayden iaitu penyanyi Aliff Aziz.Ini susulan satu perbualan dalam video tersebut apabila Ayden menyatakan dirinya berasal dari Singapura, Sabah dan Kuala Lumpur.Tidak kurang juga ada netizen berseloroh mengatakan Ayden mungkin akan menjadi anak tiri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada masa hadapan.“Bila Ayden cakap dia berasal dari Singapura, jelas Bella membesarkan dia dengan betul. Walau apa pun kesilapan Aliff, dia tak pernah ajar anak-anak benci ayah mereka,” komen seorang netizen.Bella sentiasa menyokong aktiviti sukan Ayden.“Ayden sebut Singapura sahaja saya sudah tabik Bella,” tulis seorang lagi.“Awak tahu tak, dia bakal jadi anak tiri kepada bakal Perdana Menteri Malaysia,” tulis netizen.Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Aziz namun mereka disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna yang kini berusia 6 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube