SUSULAN laporan pelakon Nadia Kesuma yang gagal dikesan sejak Khamis selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pihak Nuh Travel & Tours Sdn. Bhd. tampil memberikan penjelasan berhubung kejadian tersebut.Menurut kenyataan rasmi agensi itu, Nadia merupakan salah seorang daripada 22 jemaah yang berlepas dari Kuala Lumpur bagi menyertai pakej umrah ziarah dan dijadualkan melakukan transit sementara di Jeddah sebelum meneruskan penerbangan ke Heathrow, London. Nuh Travel memaklumkan semua urusan daftar masuk telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak agensi termasuk pengeluaran dua pas masuk penerbangan bagi sektor Kuala Lumpur–Jeddah dan Jeddah–London.Nadia dilaporkan hilang sejak Khamis.“Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, semua jemaah termasuk Nadia telah diberikan taklimat oleh ketua rombongan dan dimaklumkan supaya berkumpul semula di lokasi ditetapkan selepas menyelesaikan urusan peribadi,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Jumaat.Bagaimanapun, ketika kumpulan jemaah telah berkumpul dan beratur untuk penerbangan seterusnya ke London, Nadia didapati tidak bersama kumpulan berkenaan.Perkara itu segera dimaklumkan kepada pihak pengurusan lapangan terbang sebelum pengumuman awam dibuat sebanyak tiga kali bagi memanggil nama aktres tersebut supaya hadir ke balai berlepas.“Ketua rombongan turut melakukan pencarian di sekitar kawasan lapangan terbang namun gagal menemui Nadia.ARTIKEL BERKAITAN: Nadia Kesuma gagal dikesan selepas tiba di JeddahARTIKEL BERKAITAN: Tamat ‘pengajian’ di Jeddah, Yassin pulang sehelai sepinggang... Beri amaran ‘scammer’ kutip dana“Disebabkan kekangan masa dan arahan operasi penerbangan, pesawat akhirnya berlepas ke London tanpa kehadiran Nadia,” menurut kenyataan sama.Susulan kejadian itu, ibu pejabat Nuh Travel di Malaysia mengambil tindakan segera dengan menghubungi petugas mereka di Mekah dan Jeddah selain memaklumkan perkara tersebut kepada suami Nadia serta pihak muassasah di Arab Saudi.Usaha pencarian terus digerakkan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pengurusan Lapangan Terbang Jeddah.Kenyataan media agensi umrah tentang kehilangan Nadia.Percubaan menghubungi telefon bimbit Nadia turut dilakukan, namun sehingga kini tiada panggilan dijawab dan mesej yang dihantar masih belum dibaca.“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, Nadia masih belum dapat dikesan dan pihak kami terus komited menjalankan usaha pencarian secara aktif,” jelasnya.Dalam masa sama, agensi berkenaan memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan.Agensi memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.Sebelum ini, Nadia yang dikenali menerusi filem Syaitan Munafik didakwa sempat mengirimkan pesanan terakhir kepada suaminya dengan memaklumkan bahawa dia telah bertemu seorang individu tidak dikenali sebelum gagal dikesan sebaik mendarat di Jeddah.Rakan baiknya yang juga Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah, turut mendedahkan Nadia tidak mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan seterusnya ke London seperti dijadualkan.Menurut Anne, Nadia menyertai pakej umrah khas menggunakan perkhidmatan sebuah agensi pelancongan yang turut merangkumi lawatan ke beberapa bandar di Eropah dan berangkat secara bersendirian.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube