SUSULAN persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band, yang dihentikan secara tiba-tiba pada konsert RadjaWali baru-baru ini, gitaris kumpulan Barbarik iaitu JoBranko berpendapat isu berkaitan masa seharusnya menjadi keutamaan dalam sesebuah penganjuran acara.Kata Jo atau nama sebenarnya Abdul Zamin bin Abdul Kadir, 57, setiap produksi perlu mematuhi syarat dan ketetapan masa yang telah dibenarkan. “Sebenarnya dalam sesebuah produksi, soal masa adalah perkara yang sangat penting.Jo sentiasa jaga masa agar tak melebihi tempoh dibenarkan.“Jika sesebuah venue menetapkan acara perlu tamat pada pukul 12 malam, maka kita memang perlu berhenti tepat pada waktu tersebut.“Namun ada juga tempat yang lebih fleksibel, contohnya ada yang membenarkan sehingga 12.30 malam, dan ada venue tertentu seperti Zepp Kuala Lumpur yang kadangkala boleh mempertimbangkan lanjutan masa bergantung kepada permit,” katanya kepada mStar.Jo berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis penyerahan dan sidang media mini siri gitar JoBranko Select yang berlangsung di Gibson Guitar, Starhill Gallery, Kuala Lumpur pada Khamis.Menurut Jo, kebanyakan isu yang timbul dalam penganjuran konsert sebenarnya berpunca daripada salah faham antara pihak produksi, artis dan pengurusan venue.ARTIKEL BERKAITAN: Pentas bertukar gelap, penonton jerit 'boo' konsert RadjaWali tiba-tiba dihentikanARTIKEL BERKAITAN: “Kemasukan bekas ahli Wings dalam Barbarik berlaku secara spontan”– JoBrankoMalah, Jo berharap konsert Barbarik yang dijadualkan berlangsung pada 31 Januari ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur tidak akan berdepan sebarang masalah berkaitan masa.“Pada pandangan saya, jika bunyi tidak mengganggu persekitaran, perkara sebegini sepatutnya boleh dibincangkan kerana kebanyakan isu sebenarnya berpunca daripada salah faham.“Saya harap di Mega Star Arena perkara seperti ini tidak menjadi masalah kerana pasukan produksi kami sangat menitikberatkan soal masa.“Ketika latihan pun, kami sudah menetapkan dengan jelas berapa minit untuk muzik dan berapa lama untuk bercakap supaya persembahan tidak terlebih masa. Ini penting kerana ia melibatkan permit, polis dan pelbagai aspek keselamatan yang perlu dipatuhi,” ujarnya.Konsert RadjaWali timbulkan kemarahan peminat yang hadir.Sementara itu, Jo turut menasihatkan para artis agar lebih bertanggungjawab dan bekerjasama rapat dengan pengarah persembahan atau individu yang ditugaskan bagi mengawal perjalanan sesuatu acara.“Selebihnya, artis itu sendiri sepatutnya bertanggungjawab bersama pengarah persembahan atau individu yang ditugaskan mengawal perjalanan acara.“Orang inilah yang memainkan peranan penting. Pada saya, Idea Live Arena merupakan venue yang baik dan sebelum ini pun tidak pernah timbul isu besar seperti ini.“Jadi saya harap artis-artis akan lebih menjaga masa. Jika perlu berhenti pada pukul 12, maka berhentilah pada pukul 12. Perkara ini sebenarnya sangat mudah,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube