PENYANYI Umairah mengakui kehidupannya sebagai remaja agak berbeza berbanding rakan sebaya kerana dia jarang diberi kebebasan untuk keluar bersama kawan-kawan. Umairah atau Ummi Umairah Saiful Anuar, 15, berkata ibunya iaitu penyanyi Siti Saerah Tarudin sangat menitikberatkan soal pergaulan dan keselamatan, lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini yang penuh dengan pelbagai cabaran sosial. Kata Umairah, dia juga lebih selesa menjalani kehidupan yang sederhana kerana tidak mempunyai ramai kawan dan memilih untuk lebih berhati-hati dalam pergaulan.Umairah mengakui kehidupannya agak berbeza berbanding remaja lain."Saya tak pernah keluar dengan kawan-kawan. Mak saya jaga tegas sikit. Mungkin saya dapat luangkan masa remaja saya sewaktu usia 13 hingga 14 tahun. "Sekarang mungkin susah nak keluar. Mak saya halang pun mungkin ada sebab. Takut salah gaul. Kawan-kawan saya pun tak ramai. "Orang sekarang pun pelik-pelik jadi biarlah saya lebih berjaga-jaga," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki mencurah selepas bertudung, Umairah akui berdepan pelbagai ujianARTIKEL BERKAITAN: Nama dipertikai sebagai artis undangan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, Umairah sebak kenang usaha sendiriMengimbas kembali zaman awal remaja, Umairah mengakui pernah terdetik rasa kecewa kerana tidak dapat menikmati kebebasan seperti remaja lain. Namun, perasaan itu berubah apabila dia menyedari impiannya untuk bergelar penyanyi memerlukan pengorbanan dan disiplin tinggi."Masa awal-awal remaja dulu sudah tentu saya ada juga rasa kenapa tak dapat buat itu ini. Tetapi bila fikir balik, benda (kerjaya) ini yang saya nak sebenarnya. "Saya nak jadi penyanyi. Jadi kenalah jaga. Nenek pun selalu suruh saya jaga diri, tengok kawan dengan siapa sebab takut salah pergaulan," ujarnya. Saerah (kanan) sangat menitikberatkan soal pergaulan dan keselamatan. Dalam masa sama, Umairah turut berkongsi perbezaan layanan ibu terhadap adiknya, Amad, yang diberikan sedikit kelonggaran kerana faktor jantina."Bagi saya anak perempuan dan lelaki ini lain sikit. Mak saya lebih beri kebebasan kepada Amad sebab dia lelaki. "Perempuan kena jaga maruah diri. Amad bebas pun masih dipantau oleh mak," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube