SIMPATI dengan luahan pelakon Mia Sara yang sukar mendapat tawaran berlakon kerana dibayangi watak kanak-kanak, penerbit Jaja Ishak terbuka untuk bekerjasama dengan aktres itu. Bagi Jaja selaku pemilik produksi Jaja Ishak Channel, bakat muda seperti Mia tidak seharusnya dipandang sepi dan perlu diberi peluang lebih baik. “Saya simpati dengan isu yang berlaku kepada Mia. Dia mempunyai kelebihan kerana sudah berlakon sejak usia kanak-kanak.Jaja terbuka bekerjasama dengan mana-mana pelakon yang komited. “Jika ada watak yang sesuai, saya pun teruja untuk mengambil pelakon hebat sepertinya. Saya terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon yang tidak memeningkan kepala,” katanya kepada mStar.Jaja berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap luahan Mia sebelum ini yang memberitahu dia kurang mendapat peluang kerana kebanyakan produksi masih menganggap dirinya sebagai pelakon kanak-kanak meskipun telah meningkat dewasa.Jaja dalam masa sama berasa Mia kini sudah mampu menggalas tanggungjawab sebagai watak dewasa sesuai dengan usianya yang kini 21 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Jaja Ishak menang Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani, imbau titik terendah dikejar bank... "Saya pernah tiada duit" ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hadap artis malas promosi, Jaja Ishak cari 12 penyanyi berdisiplin... “Tidak kiralah daripada golongan T20, M40 atau B40”“Bila sudah meningkat dewasa, watak lain perlu diketengahkan. Kita perlu melihat kembali kredibiliti dia sebagai seorang pelakon kanak-kanak dahulu,” ujarnya.Pun begitu, penerbit ini turut menitipkan nasihat agar mana-mana pelakon tidak harus berada di zon selesa apabila nama sudah dikenali.“Setiap anak seni perlu sentiasa berkongsi perjalanan dunia seni agar namanya tidak mudah tenggelam dan sentiasa mendapat perhatian ramai.Mia sebelum ini memberitahu dia kurang mendapat tawaran berlakon watak dewasa. “Apa yang penting adalah orang perlu tahu bahawa dia masih aktif berlakon. Ada ketika apabila sampai di tahap yang selesa, mungkin dia terlupa untuk mengemas kini.“Pihak pengurusan juga perlu bantu Mia untuk terus dikenali,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube