USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi pengalaman lucu mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan yang sering dibunyikan hon ketika berada di jalan raya.Menurut Shahida, 41, Ammar memberitahu dia pelik apabila perkara itu sering terjadi sedangkan sudah mematuhi had laju ditetapkan. Shahida ketika berkongsi cerita lucu Ammar kepada netizen. "Ammar cakap dekat saya dia tak faham kenapa bila dia memandu orang asyik hon."Dia kata, kenapa pemandu-pemandu di Malaysia suka hon Ammar?"Sedangkan Ammar tengok papan tanda kata 60 km/j, jadi dia ikut kelajuan itu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan dapat kereta Porsche, senang untuk ke kolej... Aliff Syukri nasihat jangan riyakARTIKEL BERKAITAN: Ramai ajak keluar malam, Ammar Ahyan tak mudah percaya… Boleh ‘bau’ ikhlas atau tidakShahida berkongsi cerita itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada Khamis.Shahida bagaimanapun menjelaskan kepada Ammar bahawa kemungkinan pemandu-pemandu lain tergesa-gesa kerana urusan kerja menyebabkan mereka membunyikan hon.Bagaimanapun, Shahida mengakui dia berasa lega dan gembira melihat anaknya memandu kereta jenama Porsche itu pada kelajuan yang terkawal.Shahida sokong Ammar patuhi had laju ditetapkan."Saya cakap kat dia, pagi-pagi orang kelam kabut sibuk nak pergi kerja, jadi tak ikut dah papan tanda tu."Tapi saya harap dia teruskan memandu 60 km/j, saya suka dia bawa kelajuan itu bila naik Porsche."Bukan apa, tapi sebab risaukan keselamatan anak," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube