suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratusan rakyat sambut kepulangan 28 wira GSF 2.0 di KLIA, laungan ‘Free Palestine’ terus bergema

Antara sebahagian 28 aktivis Malaysia yang menyertai GSF 2.0, selamat tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin malam.

SERAMAI 28 aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, selamat tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin malam.

Pesawat Turkish Airlines dari dari Istanbul, Turkiye yang membawa kumpulan sukarelawan itu mendarat sekitar pukul 10 malam, disambut ahli keluarga, rakan-rakan serta penyokong misi kemanusiaan tersebut.

Bagaimanapun, seorang peserta Malaysia iaitu Razman Mat Ali tidak pulang ke tanah air kerana masih lagi dirawat di Istanbul selepas menghidap ‘Traumatic Pneumothorax’ atau paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby turut menyambut ketibaan mereka.

Kesemua aktivis itu disambut dengan laungan ‘Free Palestine’, ‘Bebas Gaza’ dan ‘Hidup Sumud’ oleh ratusan orang ramai yang hadir pada Majlis Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0.

Terdahulu, kesemua 29 rakyat Malaysia itu antara 428 aktivis kemanusiaan GSF 2.0 yang dibebaskan Israel, selepas ditahan secara tidak sah di perairan antarabangsa pada 18 hingga 19 Mei lalu.

Kesemua mereka kemudian dibebaskan pada 20 Mei dan dibawa ke Istanbul pada 21 Mei lalu.

Artikel Lain