suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tikam ibu tunggal dalam kereta, ejen hartanah diperintah jalani pemeriksaan psikiatri

Mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal parah ditikam dalam kereta jenis Mazda 3, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, 17 Mei lalu.

MAHKAMAH Sesyen Alor Setar pada Selasa memerintahkan ejen hartanah yang dituduh menikam seorang ibu tunggal dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei lalu, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.

Perintah tersebut dikeluarkan Hakim N Priscilla Hemamalini terhadap tertuduh, Muhammad Ilhamni Badaruddin, 32, selepas membenarkan permohonan peguam, Mohd Hakim Hamran.

Mohd Hakim memaklumkan mahkamah anak guamnya mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah.

Terdahulu, Muhammad Ilhami mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Priscilla.

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah direman 7 hari, bantu siasatan kes tikam wanita dalam kereta

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh dengan cara menikam leher Nurul Husna Kasmani, 35, menggunakan pisau di Titi Gajah, Kepala Batas, kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. 

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun cedera ditikam di bahagian kanan leher oleh lelaki dikenalinya, dalam kereta Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah.

Kedua-duanya dikatakan saling mengenali sejak lebih setahun lalu kerana mereka masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah.

Motif kejadian dipercayai akibat perasaan cemburu atau cinta tidak berbalas. 

 

Artikel Lain