suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa imamkan solat jenazah Nur Izzati, selesai dikebumikan awal pagi Aidiladha

Azizul mengimamkan solat jenazah Izzati sebelum dikebumikan pada pagi Rabu. -Foto Bernama

REMAJA perempuan yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa, Hulu Bernam sejak Sabtu lalu selamat dikebumikan awal pagi Rabu selepas ditemukan meninggal dunia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Nur Izzati Humaira Azizul, 18, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Trolak Utara, Perak pada pukul 3.05 pagi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Ar-Riduaniah Felda Trolak Utara untuk disolatkan.

Bapanya, Azizul Abdul Aziz, 48, mengimamkan sendiri solat jenazah kira-kira pukul 2.20 pagi bersama hampir 50 jemaah.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis klasifikasi kematian Nur Izzati sebagai SDR

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kehilangan terungkai... Nur Izzati ditemukan meninggal dunia

Untuk rekod, mayat Allahyarham ditemukan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.58 pagi Selasa di kawasan luar laluan pendakian, kira-kira satu kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, mangsa kemudian berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pada pukul 1.08 tengah hari sebelum dihantar ke unit forensik.

Pihaknya menerima maklumat daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim pada 2.30 petang Sabtu berhubung kehilangan seorang remaja perempuan ketika menuruni bukit tersebut bersama ahli keluarganya.

Izzati dipercayai berjalan sendirian untuk tiba lebih awal di kaki bukit kerana berasa panas dan penat sebelum disedari hilang.

Kematian remaja itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berikut

Artikel Lain