suria

Penghidap OKU mental kecewa usaha buat e-hailing alami kesukaran, adik beradik enggan 'pinjamkan' nama buat loan... "Semua larikan diri"

Segelintir individu berhadapan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan baharu. -Gambar hiasan AI

UMPAMA sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah yang dirasai lelaki ini apabila dia bukan sahaja bakal kehilangan kerja, malah usaha mencari rezeki bagaikan tidak berhasil.

Meluahkan kesedihan di Thread, pengadu memberitahu dia bakal kehilangan pekerjaan disebabkan syarikat tempat dia bekerja bakal gulung tikar.

Penutupan syarikat memberi impak besar kepada pekerja. -Gambar hiasan

Penutupan syarikat memberi impak besar kepada pekerja. -Gambar hiasan

Susulan itu, dia berhasrat membuat pinjaman membeli kenderaan bagi membolehkannya menyediakan perkhidmatan e-hailing.

"Nak minta tolong adik-beradik pinjamkan nama untuk beli kereta buat e-hailing.

"Saya tak boleh buat loan, syarikat nak shutdown... tapi semua larikan diri," ujarnya berkongsi situasi yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun kerja, suami enggan ‘berpisah’ dengan syarikat...'Terbuai' dengan jawatan HOD walau gaji RM2,000

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru sedar rupanya dipandang hina apabila hidup susah, saudara-mara perlekeh usaha jual nota budak sekolah

Menurut lelaki ini, dia perlu membeli kenderaan baharu berikutan kereta sedia ada tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi pendaftaran e-hailing.

Malah dia juga memberitahu tidak berkemampuan daripada segi tenaga untuk melakukan servis kurier.

"Nak buat servis penghantaran barang daripada platform e-dagang pula sangat tak larat angkat berat-berat," tambahnya yang mendakwa memegang status orang kurang upaya (OKU) mental.

Tambah lelaki berusia 35 tahun itu dia sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan boleh bekerja.

  • Lelaki bakal hilang kerja selepas syarikat tutup.
  • Nak buat e-hailing tapi tak layak beli kereta.
  • Minta adik-beradik pinjamkan nama buat loan.
  • Dakwa OKU mental, medical check-up lulus.
  • Netizen tegur, jangan susahkan orang, risiko hutang tinggi.

"Saya OKU mental, medical check-up dah lulus. Saya mampu memandu dan menguruskan diri. 

"Jawatan saya sekarang ni pun adalah pengurus. Ada sesiapa boleh tolong saya? Dekat mana boleh sewa kereta e-hailing? Nak kereta sewa saja sekarang ni," katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memintanya untuk melakukan kerja mengikut kemampuan sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain khusunya membabitkan pinjaman bank kerana ia berisiko.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsi kewajaran tindakan adik-beradiknya yang enggan meminjamkan nama untuk membuat pinjaman perbankan.

"Jangan susahkan orang, hutang tu akan jadi komitmen penama. Kalau awak tak dapat bayar macam mana?

"Isu bagi pakai nama ni memang tak boleh, tak kisahlah adik-beradik baik macam mana sekali pun, naya kalau tak mampu bayar.

"Buatlah kerja mengikut kemampuan sendiri, jangan susahkan orang dan buat orang rasa bersalah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain