MUSIM raya memang seronok dapat berkumpul dan beraya di rumah saudara-mara serta sahabat handai. Tapi nampaknya, tak semua yang datang beraya sebagai tetamu faham tentang adab bertandang ke rumah orang. Seorang pengguna media sosial baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir tetamu gen Z yang dikatakan kurang beradab ketika beraya.Dalam perkongsiannya, individu tersebut berkongsi pengalaman mengecewakan selepas menerima kunjungan anak-anak muda yang datang beraya bersama ibu bapa mereka.Seorang wanita menceritakan pengalaman ketika menerima kunjungan tetamu Gen Z. -Gambar hiasan"Patut la orang tak suka gen Z! Tahu datang beraya rumah orang ikut ibu bapa anda. Tapi datang rumah orang, ingat kau princess ke? “Dah la datang muka macam apa je, salam pun tak nak. Lepas makan boleh duduk macam tu je."Bukan suruh mengemas tapi sekurang-kurangnya ada common sense la,” ujarnya dalam hantaran tersebut.Lebih mengejutkan, ada yang tanpa segan silu meminta minuman sejuk dengan cara kurang sopan.ARTIKEL BERKAITAN: Perangai pendidik gen Z mengadu hal murid di media sosial buat ramai hilang hormat - “Matanglah sikit cikgu!”ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel manja, Gen Z sindir Gen Y! Minta henti salahkan orang lain - “Kenapa common sense tu tak ajar dekat anak sendiri?”Tak cukup dengan itu, wanita itu turut menceritakan bahawa individu berkenaan tanpa segan silu meminta lauk tambahan."Kemudian ada (tetamu) yang siap cakap kak nak air kosong, tapi nak yang sejuk eh. Kau ingat rumah aku kedai?"Lepas tu siap cakap (minta) rendang lagi. Baik-baik saya nak jamu piza dan kek yang ada dekat dapur, terus simpan balik."Saya okay je minta air kosong tu... normal je. Tapi cara minta tu. Sepatutnya akak boleh tak nak minta air kosong sikit. Berbeza kan," jelasnya. Jangan salahkan gen Z, sebenarnya salah individu tu sendiri.NETIZENLuahan tidak puas hati dibuat wanita ini pantas mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas dikongsikan. Ada yang bersetuju bahawa adab semakin berkurang dalam kalangan Gen Z, tapi tak kurang juga yang mempertahankan mereka.Meninjau komen netizen, ada yang berpendapat masalah ini tidak wajar dikaitkan dengan generasi, tetapi lebih kepada cara didikan ibu bapa.“Ni bukan salah Gen Z. Ni salah mak bapa yang tak ajar anak adab.Komen netizen di media sosial."Setakat ni tak jumpa lagi Gen Z yang macam ni. Ada je yang okay, reti hormat tuan rumah. Jangan salahkan Gen Z, sebenarnya salah individu tu sendiri.“Betullah tu. Gen Z yang jenis manja je macam ni. Kalau dapat ibu bapa yang strict, jauh beza. Tak payah suruh, dia sendiri yang tolong kemas," komen netizen.Untuk makluman, Gen Z atau Generasi Z, merujuk kepada generasi yang lahir antara pertengahan 1990an hingga awal 2010an.Mereka adalah generasi yang tumbuh dalam era digital dan internet, menjadikan mereka sangat akrab dengan teknologi, media sosial dan komunikasi online.