suria

Baru masuk kerja selepas bersalin anak sulung, wanita bengang bonus kena potong - “Bukan suka-suka nak cuti”

Seorang wanita kembali bekerja selepas tiga bulan cuti bersalin. -Gambar hiasan

MUSIM bonus pastinya paling dinanti-nantikan oleh setiap pekerja saban tahun.

Bukan sekadar hati berbunga-bunga, senyum pun sampai ke telinga apabila menerima bonus daripada majikan.

Namun dalam kegembiraan itu, seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana jumlah bonus yang diterima tidak seperti yang diharapkan, gara-gara baru bersalin anak sulung.

Pemberian bonus daripada majikan amat dinantikan setiap pekerja. -Gambar hiasan

"Selepas tiga bulan cuti bersalin, masuk ofis semula sebab dah habiskan cuti bersalin. Lepas tu, yang tak best setiap tahun memang ada bonus untuk staf.

"Bagi aku tahun ni, tiba-tiba bonus tu kena potong dengan alasan cuti tiga bulan dah bergaji," luahnya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu belanja keluarga suami, tapi tak selesa mentua suka tanya gaji, bonus! Tak pernah beritahu sesiapa walau famili sendiri

Tanpa menyatakan jumlah bonus yang dipotong, wanita itu berkata da amat terkejut dengan keputusan tersebut.

Malah, disebabkan perkara ini dia kini mempertimbangan untuk mencari kerja di tempat lain.

"Angkat kaki, cau! Dia ingat kita suka suka ke nak cuti sampai tiga bulan," ujarnya lagi.

Untunglah tetap dapat bonus.

NETIZEN

Perkongsian luahan perasaan yang mungkin dibuat untuk mengharapkan simpati itu bagaimanapun mendapat reaksi sebaliknya daripada warganet.

Rata-rata netizen menyifatkan ibu anak satu itu tidak bersyukur.

Bagi mereka, wanita itu seharusnya bersyukur kerana masih diberikan bonus meskipun bercuti bersalin bergaji penuh selama tiga bulan.

Seorang wanita yang kecewa meluahkan perasaannya. -Gambar hiasan

"Potong bonus maksudnya masih dapat kan? Ikut pengalaman saya bila cuti bersalin, KPI (petunjuk prestasi utama) akan prorata. Kalau capai, tak ada isu, masih dapat bonus penuh. Kalau tak capai, memang akan kurang, tak kisah jika cuti bersalin atau tak.

"Adillah kan, tiga bulan kot orang lain cover kerja hang. Tiga bulan okay, bukan tiga hari. Untunglah tetap dapat bonus sebab bonus tu hak majikan.

"Memanglah tak suka-suka cuti tiga bulan. Tapi ambil cuti tiga bulan tu kan. Kalau betul tak suka-suka nak cuti, boleh je kalau nak minta datang kerja awal.

"Bonus bukan hak pekerja, hak majikan. Nak bagi dia bagi. Majikan tak nak bagi pun tak apa. Tak salah pun dari segi akta. Selain tu, bonus biasanya ada syaratnya," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, segelintir netizen menasihati wanita berkenaan supaya membuat pertimbangan secara rasional sebelum memutuskan untuk bertukar kerja hanya disebabkan bonus dipotong.

"Nanti kalau akak cari syarikat baharu, mereka tengok anak bawah usia satu tahun mesti akan jadi KIV (disimpan untuk pertimbangan). Mereka juga fikir kan dah dapat gaji tiga bulan tu," komen netizen.

 

Artikel Lain