BALIK kampung sepatutnya menjadi momen yang menyeronokkan, tapi lain pula jadinya apabila terpaksa berdepan saudara mara yang suka menunjuk-nunjuk.Situasi itulah yang dihadapi oleh pemuda ini yang berkongsi posting menceritakan senario ketika pulang ke kampung untuk beraya. Menurut pemuda berkenaan, bapanya dulu selalu membantu saudara mara sendiri yang dalam kesusahan.Seorang pemuda kecewa apabila bapanya diperli saudara mara. -Gambar hiasanNamun situasi kini sudah berbeza apabila kehidupan mereka semakin senang, yang mana saudara sebelah bapanya ini dikatakan sudah lupa diri."Saya ada la adik beradik belah ayah yang dulunya susah dan selalu pinjam duit ayah. Lepas tu sekarang mereka sudah senang, kaya... jadi beli kereta mahal.ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ada cara nak bayar hutang lebih teratur... Kaki pinjam kena cuba buatARTIKEL BERKAITAN: Hidup mewah, melancong luar negara rupanya banyak hutang! Hasil buat ‘content’ ciput, wanita dedah rahsia Gen Z pinjam RM50,000"Lepas tu bukan main ye mereka flexing (menunjuk) kereta baru yang ada auto park and drive. Kemudian bapa saya buka bonet kereta tau, tapi mereka siap perli bapa saya."Buka bonet pakai tangan lagi ke tu? Kami buka tutup pakai button. Kasihan, bapa saya rendah diri je," jelasnya.Walaupun si bapa hanya merendah diri dan diam mendengar kata-kata itu tetapi tidak bagi si pengadu. Orang akan nampak kita berkira, tapi hakikatnya kita cuma nak hak ibu bapa kita dikembalikan. NETIZENSatu ayat ‘padu’ dilontarkan kepada saudara maranya membuatkan mereka terus terdiam apabila dia menyebut tentang hutang mereka sebelum ini."Sudah kaya tu dah boleh la kot bayar hutang paksu (panggilan kepada bapa pengadu) sikit demi sedikit. Terdiam kau (peminjam). "Lepas tu mereka cakap amboi, adik beradik berkira sungguh. Lah! Masa bapa saya susah pun dia masih beringat anda semua. Ni bapa saya susah bukan main ye mengata bagai," katanya.Komen beberapa netizen pada hantaran asal.Kisah yang dikongsikan ini mendapat perhatian ramai di media sosial.Ternyata, rata-rata netizen memahamai perasaan individu tersebut."Orang akan nampak kita berkira, tapi hakikatnya kita cuma nak hak ibu bapa kita dikembalikan. "Kadang-kadang parents kita diam sebab tak nak bermasam muka, tapi kita sebagai anak yang tak sanggup tengok mereka diperlakukan macam ni," komen seorang pengguna.