KES curang semakin kerap didedahkan di media sosial sejak akhir-akhir ini dengan yang terbaharu tular kisah membabitkan lelaki berstatus suami orang dengan seorang janda.
Isteri kepada lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan kecurangan itu mendedahkan dia sah bercerai pada Isnin.
Tidak terhenti di situ, dia bertindak berkongsi beberapa video bagi mendedahkan tentang hubungan terlarang suaminya yang didakwa berlaku sejak lebih setahun lalu.
Antara video yang dikongsi adalah pengakuan teman wanita bekas suami, yang membenarkan lelaki itu tinggal di rumahnya.
Kehadiran orang ketiga mampu meretakkan rumah tangga yang dibina sekian lama. -Gambar hiasan
"Kau betul ya bukan isteri orang? Bila cerai? Kena la tau detail, kalau tak macam mana boleh duduk bersama sampai duduk rumah sekali?" soal wanita itu, dikenali sebagai Sarah kepada kekasih suaminya.
Wanita terbabit, dipercayai seorang pegawai bank, menjawab bahawa dia sudah bercerai empat tahun lalu dan menafikan dia duduk serumah dengan lelaki berkenaan.
"Dia yang duduk situ, aku duduk rumah mak aku. Ya itu rumah aku," katanya sambil memberitahu dia sekadar berkawan dengan lelaki itu sebelum akhirnya mengaku mereka bercinta.
ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi saksi di mahkamah, penyiasat upahan dedah kes kaum Hawa curang lebih banyak! Peguam syarie pun terkejut
Sarah turut menunjukkan rakaman memaparkan pakaian kotor di mesin basuh, sambil mempersoalkan kenapa baju suaminya juga boleh dicuci bersama di rumah wanita itu.
Menerusi perkongsian di TikTok itu, Sarah dipercayai menerjah rumah wanita terbabit sebelum dia dan suami bercerai.
"Ada ke suami yang pergi basuh baju di rumah orang? Beli spray ‘pengeras’ pun guna alamat rumah ini.
"Seronoklah lepas ini boleh bebas bermaksiat. Sorang dah jadi janda dan sorang lagi duda," katanya yang sudah berkahwin selama 11 tahun dan mempunyai dua cahaya mata.
Kalau aku dah lama tendang laki macam tu dari rumah.
WANITA 'ORANG KETIGA'
Menurut Sarah dia baru mengesan tentang hubungan terlarang itu sejak Januari lalu.
Namun, apa yang mengejutkan dirinya, siasatan terperinci menunjukkan dia rupa-rupanya telah dikhianati oleh suami selama lebih setahun, iaitu pada April 2024 yang mana ketika itu dia sedang hamil anak kedua.
Selain itu, Sarah turut berkongsi rakaman panggilan videonya dengan pegawai bank berkenaan pada 14 Mei dengan wanita itu mengutuk bekas suaminya.
Menerusi perbualan tersebut, wanita itu hairan mengapa Sarah masih memberi peluang kepada suaminya yang curang dan dilabel biawak hidup kerana tidak bekerja.
Luluh hati isteri suami berlaku curang. -Gambar hiasan
"Berapa kali nak bagi dia peluang? Dah tak kerja, tiada duit, bini yang sara laki.
"Kalau aku dah lama tendang laki macam tu dari rumah," kata wanita itu.
Namun, situasi sebaliknya berlaku apabila Sarah menunjukkan notifikasi wanita terbabit mengirimkan wang kepada bekas suaminya secara dalam talian.
Sarah dalam pada masa yang sama berharap pihak atasan bank tempat wanita itu bekerja dapat mengambil tindakan terhadap stafnya yang didakwa tidak menjaga imej baik dengan menjadi perosak rumah tangga orang lain.


