suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi letak jawatan sebagai menteri

Rafizi berkata peletakan jawatan itu berkuat kuasa 17 Jun.

MENTERI Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan dalam Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini.

“Saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan daripada Kabinet kepada Perdana Menteri. Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa mulai 17 Jun. 

"Bermula hari ini, saya akan menggunakan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 7 Mei, Rafizi menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam parti dan Kabinet sekiranya tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Rafizi berkata, dia akan kembali berkhidmat sebagai pemimpin peringkat akar umbi dan akan berkempen secara agresif untuk parti.

Pada 23 Mei, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah Anwar bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti tersebut.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia