suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki warga Taiwan maut jatuh landasan LRT

Pasukan bomba membawa keluar mangsa untuk tindakan lanjut.

SEORANG lelaki warga Taiwan maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan Transit Aliran Ringan (LRT), di Stesen Pusat Bandar Puchong, pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.05 petang.

Justeru, jentera dan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dikerah ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi memaklumkan terdapat seorang lelaki anggaran umur 40an berada di bawah LRT dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disyaki telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, kerja-kerja mengeluarkan mangsa dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia