suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas Rafizi, Nik Nazmi pula umum letak jawatan menteri

Nik Nazmi umum letak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

MENTERI Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan dia sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Nik Nazmi, peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 4 Julai 2025.

"Saya akan bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi letak jawatan sebagai menteri

Pengumuman itu ternyata mengejutkan ramai memandangkan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli juga baru sahaja membuat pengumuman sama terlebih dahulu pada hari ini.

Terdahulu, mStar melaporkan Rafizi sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar.

Menurut Rafizi, dia mengudur diri daripada Kabinet berkuat kuasa 17 Jun ini.

 

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia