suria

Geng main jetski terperangkap di tengah laut Langkawi! Cuaca buruk, suasana gelap tak nampak laluan balik ke darat

Salah seorang mangsa kejadian itu berkongsi pengalamannya di media sosial.

SEKUMPULAN individu yang sedang menunggang jetski berdepan detik cemas apabila mereka terperangkap di tengah lautan akibat cuaca buruk.

Menurut salah seorang mangsa yang juga pemilik akaun TikTok Itsmeyieen atau Shayinnn, kejadian malang itu berlaku di Pulau Langkawi, Kedah pada Isnin.

Menurut wanita itu, mereka tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang risiko perlanggaran dengan bot atau feri dalam keadaan cuaca buruk.

Bagai tak lengkap kunjungan ke Langkawi jika tidak melakukan aktiviti air. -Gambar hiasan

"Masa tu nak balik lepas makan mi udang. Kebetulan tiba-tiba hujan lebat dekat tengah laut. Guide ada tanya, nak teruskan tak perjalanan?

"Ada yang kata tak setuju sebab mata tak nampak apa dekat laluan nak balik tu. Kabus, takut terlanggar feri atau bot yang lalu. Lagipun ada yang bawa (jetski) slow

"Sebab benda ni (pemanduan) kena selari satu barisan, jarak jauh-jauh tapi kena laju," tulis wanita itu menerusi perkongsian pada Rabu.

Lebih setengah jam juga terperangkap kat tengah laut.

ITSMEYIEEN/SHAYINNN

MANGSA

Cerita mangsa lagi, mereka terperangkap lebih 30 minit, namun akhirnya berjaya kembali ke darat dengan selamat.

"Lebih setengah jam juga terperangkap kat tengah laut. Yang penting guide sangat menjaga penumpang jetski. Terima kasih abang. 

"Mereka sangatlah menjaga penumpang walau dalam saat genting dan bahaya macam ni," tulis wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tertinggal di Langkawi... Pemuda berhenti kerja kilang, balik kampung jadi beach boy lagi ‘masyuk’ - “Boleh dapat RM1,500 sehari”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibarat diserang zombie! Jejaka ini kongsi video Langkawi sepi tanpa pengunjung, ramai pula luah rasa rindu - “Kalau tengok pun sayu”

Menerusi video dikongsi, kelihatan lima buat jetski terlibat dalam kejadian itu.

Sehingga kini, video itu meraih lebih 700,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Kalau kena macam ni, sumpah aku dah tak akan jejak ke situ. Teringat dosa lampau, sempat ke tidak sampai ke darat, ini dalam fikiran aku.

Langkawi merupakan antara lokasi pelancongan paling popular di negara ini. -Gambar hiasan

"Musim hujan sekarang. Hari tu 24 Mei pun main air dalam keadaan bergelora dan ribut, nasib baik sempat sampai ke darat.

"Dah biasa kena masa turun training atau game tengah laut. Bila hujan atau ribut, memang tak nampak darat. Angin Langkawi boleh tahan kuat bila datang musim.

"Kalau aku kat situ, anxiety tahap apa dah weh," tulis beberapa netizen.

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain