suria

Sambil bersila panggung, pelajar lelaki cabar dibuang sekolah... Beritahu cikgu tak mahu belajar, hanya nak jumpa GF

Rakaman tentang sikap pelajar ini tular di media sosial.

CUTI persekolahan penggal pertama baru sahaja bermula pada Khamis tetapi warga maya dikejutkan pula dengan penularan video pelajar tidak beradab.

Berdasarkan video berdurasi 17 saat itu, pelajar berkenaan dilihat bersikap kurang ajar dengan seorang guru wanita.

Kelakuan biadab berkenaan bermula selepas guru terbabit bertanya tujuan sebenar pelajar itu datang ke sekolah.

Percintaan di usia muda terutama di bangku sekolah dianggap cinta monyet. -Gambar hiasanPercintaan di usia muda terutama di bangku sekolah dianggap cinta monyet. -Gambar hiasan

Pelajar yang duduk bersila panggung bersama beberapa rakannya itu membalas pertanyaan terbabit dengan berkata dia datang untuk bertemu kekasih.

"Buang sekolah... boleh cikgu, buang!

"Saya datang ke sekolah, saya jumpa saya punya girlfriend (teman wanita)," katanya sambil menuding jari kepada seseorang yang dipercayai kekasihnya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, guru berkenaan sekali lagi bertanya untuk mendapatkan kepastian sama ada dia berminat untuk belajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta monyet dianggap tak ke mana, cikgu pun tak yakin... adik angkat akhirnya dibawa naik pelamin - “Saya ajak dia couple semula”

ARTIKEL BERKAITAN: “Lan masih belum mengetahui result SRP Rina” - Surat cinta pasangan bercinta sejak darjah 5 gamit nostalgia

Namun, jawapan yang dibalas pelajar terbabit amat mengecewakannya kerana dia menegaskan tidak berminat untuk belajar melainkan mahu bertemu kekasih.

"Terima kasih kerana buat pengakuan," kata guru terbabit.

Di ruangan komen video berkenaan, seorang individu mengakui remaja lelaki itu adalah pelajar di sekolahnya.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kepada netizen yang bertanya lokasi sekolah berkenaan.

Generasi waktu ni semakin berani tapi agak menyedihkan.

NETIZEN

"Budak sekolah aku ni, dah banyak kali tegur, tak tahu nak tegur macam mana lagi," katanya.

Warga maya juga mengakui jawapan pelajar berkenaan tidak beradab dan sepatutnya dihukum.

"Punca rotan tak dibenarkan berbeza dengan murid zaman dahulu.

"Nasib aku tak jadi cikgu, amat seronok kalau jumpa pelajar sopan macam ni. Tambah-tambah silang kaki. 

"Generasi waktu ni semakin berani tapi agak menyedihkan," katanya.

Artikel Lain