suria

Cinta monyet dianggap tak ke mana, cikgu pun tak yakin... adik angkat akhirnya dibawa naik pelamin - “Saya ajak dia couple semula”

Ayu dan suaminya bercinta sejak di bangku sekolah menengah dan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Februari lalu.

RAMAI beranggapan cinta monyet pasti tidak akan kekal lama.

Namun pasangan yang berasal dari Melaka ini membuktikan bahawa cinta yang mereka bina sejak di bangku sekolah menengah mampu bertahan sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Ayu Afeeqah Anuar, 24, dan jejaka pilihannya, Zulfikry Rosni, 23, selamat disatukan sebagai suami isteri pada 21 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Cair tengok ‘effort’ bekas kekasih mengorat semula, gadis terima lamaran... tak rasa rugi kahwin muda - “Saya bukan jenis nak enjoy pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan ini buktikan ‘cinta monyet’ inspirasi untuk berjaya - “Pertama kali bakal berjauhan, dia akan terbang...”

Menurut Ayu, hubungan mereka bermula sebagai kakak angkat dan adik angkat ketika dia berada di tingkatan 4 manakala suaminya di tingkatan 3.

"Asalnya memang mula macam ni (kakak angkat dan adik angkat) sebab masa tu semua kawan ada adik angkat dari kelas Form 3 dan Form 2.

"Tapi bila dah lama tu tiba-tiba dia beritahu nak hubungan kami lebih serius. Bila kawan perli-perli cakap kami tak sesuai jadi saya tak selesa.

Ayu dan suaminya belajar di sebuah sekolah menengah yang sama di Melaka.

"Saya naik segan. Jadi saya pun terus block BBM Messenger dan akaun Twitter dia. Kiranya saya tinggalkan dia sekejap lebih kurang dua bulan macam tu," katanya kepada mStar.

Namun sebaik mula sesi persekolahan pada 2013, cinta mereka kembali bertaut selepas sering kali bertemu memandangkan kelas mereka terletak bertentangan antara satu sama lain.

"Start sekolah tu kami selalu jumpa face to face sebab kelas kami berhadapan je. Bila dah selalu jumpa tu masing-masing jadi malulah.

"Masa itulah dia tertanya-tanya kenapa saya block dia dan tak layan dia di Twitter.

"Bila saya tengok effort dia saya jadi serba salah. Jadi saya unblock dan add balik BB pin dia. Dia pun terkejut dan start dari situ saya ajak dia couple semula," katanya yang kini membantu suami mengusahakan restoran keluarganya di Bukit Katil, Melaka. 

Pasangan ini dihari bahagia mereka.

Mengenai hubungan mereka, anak bongsu daripada dua beradik itu mengakui hubungan mereka sama seperti pasangan lain, ada pasang surutnya.

"Bagi saya nak mempertahankan hubungan ni bukan senang. Bukan sepanjang perkenalan sampailah kami berkahwin semuanya indah-indah belaka.

"Kami ada juga bergaduh macam pasangan lain tetapi tak adalah sampai tahap putus. Ada cara penyelesaiannya. Marah-marah sikit biasalah lepas tu kami OK balik.

Bila saya tengok effort dia saya jadi serba salah. Jadi saya unblock dan add balik BB pin dia. Dia pun terkejut dan start dari situ saya ajak dia couple semula.

AYU AFEEQAH ANUAR.

"Cuma kena pandai kawal emosi masing-masing. Seorang kena jadi air kalau dua-dua jadi api memang tak menjadilah," katanya.

Jelas Ayu, apa yang penting dalam sesebuah hubungan adalah sifat kejujuran dan kesetiaan setiap pasangan itu.

"Saya masih ingat lagi cikgu selalu perli kat sekolah, siap pesan dekat dia... saya bila dah habis sekolah nanti takkan pandang dia dah. Tapi semua tu tak betul.

"Bagi saya persefahaman, kesetiaan dan kejujuran itu penting kalau mahu hubungan itu berjaya. Alhamdulillah sepanjang saya kenal husband dia tak pernah curang. Setahu saya dia busy kerja je.

Kesetiaan dan kejujuran adalah rahsia hubungan cinta pasangan ini.

"Restu keluarga juga penting sebab bercinta masa sekolah tak mudah. Masa dulu-dulu handphone parents pantau, jadi handphone kami tak boleh ada password," katanya.

Kisah percintaan Ayu dan suaminya menjadi tular selepas wanita itu membuat posting sebagai respons kepada satu tweet bahawa kebanyakan mereka yang bercinta sejak sekolah biasanya berakhir separuh jalan saja.

Namun Ayu berkongsi gambar dia dan suaminya sejak di bangku sekolah menengah sehinggalah mereka naik pelamin dengan kapsyen 'Tak jugak.Yang penting setia/jujur' sehingga mendapat 12,700 ulang kicau dan 22,100 tanda suka di Twitter.

Rata-rata netizen kagum dengan kisah cinta monyet mereka yang berakhir hingga naik pelamin!


Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain