suria

Kerana foto Kourtney Kardashian, wanita dedah kisah punggung ‘tembikai’ rakan baik – “Kenapa isteri boleh terima suami makin gemuk, buncit?”

(kiri) Punggung seorang wanita yang mempunyai selulit dilabelkan suami seperti tembikai. Foto A malex yahaya (kanan) Foto Kourtney Kardashian yang dipuji ramai kerana berbangga menunjukkan pinggulnya yang mempunyai selulit. Foto instagram poosh

“I love my little stripes (saya suka jalur halus saya),” kata selebriti Kourtney Kardashian menerusi ruangan komen di laman sosial, menjawab ulasan netizen berhubung fotonya memakai baju mandi yang menampakkan garisan selulit di pinggulnya.

Gambar tersebut kemudian menjadi perhatian seorang wanita yang mendedahkan kisah rumah tangga rakan baiknya di laman Twitter sehingga menjadi tular.

“Suami kawan aku kata punggung kawan aku macam tembikai. Kourtney Kardashian relaks je. Melayu je gelabah,” tulis wanita itu menerusi postingnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “OK lah ni, awak pun gemuk sangat” - Jawapan riang tukang jahit selepas baju pelanggan dijahit bersayap, rosak kain pemberian ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Dicurangi kerana awek muda, isteri malang akhirnya dicerai talak 2... status subur suami masih jadi tanda-tanya

Bercakap kepada mStar, wanita berusia 26 tahun itu berkata, perumpamaan ‘tembikai’ yang dimaksudkannya merujuk kepada garisan selulit pada bahagian punggung.

Tulisan Kourtney mengenai bentuk badannya di ruangan komen menjadi perhatian.

Hanya mahu dikenali sebagai Ayu Aziz, dia berkata rakan baiknya itu sebenarnya merupakan seorang model sambilan, dan mempunyai wajah yang cantik serta badan langsing.

“Kawan baik ni saya kenal sejak lima tahun lepas, sebelum dia kahwin lagi. Dia memang cantik dan badan pun meletop dulu, sebab tu jadi model.

“Tapi selepas bersalin anak sulung, terdapat perubahan pada badannya sehingga dia mengadu kepada saya adakah normal kalau ada rekahan kulit di bahagian punggung.

“Saya tanya kenapa? Suami dia kata punggung dia macam tembikai. Bila dah banyak kali cakap perkara yang sama, sudah jadi gurauan kasar,” katanya kepada mStar.

Posting Ayu di laman Twitter menjadi perhatian netizen.

Ayu yang berasal dari Johor berkata, rakan baiknya berasa tertekan dengan label yang diberikan suami ketika masih berpantang selepas bersalin.

“Saya tak mahu menambah kesedihan dia sebab apa pun boleh berlaku. Jadi, saya cakap adalah normal wanita mempunyai perubahan bentuk badan selepas bersalin.

“Saya bagi motivasi supaya dia lebih sayangkan diri dia. Garisan itu mahupun kesan parut tu adalah normal, bergantung kepada setiap wanita itu,” ujarnya sambil menambah rakan baiknya itu berusia 24 tahun.

Garisan pada tembikai diibaratkan seperti garisan selulit. Gambar sekada hiasan/Foto AFP

Namun menurut Ayu, hubungan rakan baiknya bersama suami berumur 30-an tidak berpanjangan apabila mereka berpisah selepas berkahwin kira-kira dua tahun.

“Suaminya dikatakan curang dengan perempuan lain, juga seorang model dan umurnya lebih muda. Nampak sangat taste bekas suami dia nak model dan badan kurus saja.

Segelintir suami Melayu tak boleh tengok isteri mereka makin berisi atau nampak selulit. Tapi kenapa kaum isteri boleh terima mereka yang makin gemuk dan buncit selepas kahwin? 

AYU AZIZ

“Kalau kaum lelaki hanya nak cari kesempurnaan dan kahwin saja, memang perkahwinan tak kekal lama,” katanya yang merupakan ahli perniagaan.

Ayu berkata, perubahan bentuk badan bukan sahaja berlaku kepada wanita yang melahirkan anak, malah turut terjadi kepada kaum suami selepas berkahwin.

Ayu meluahkan tentang nasib yang menimpa rakan baiknya. Foto ihsan Ayu Aziz

“Sebelum kahwin, kebanyakannya sama-sama handsome dan cantik tapi akan ada sedikit perubahan selepas mendirikan rumah tangga.

“Segelintir suami Melayu tak boleh tengok isteri mereka makin berisi atau nampak selulit. Tapi kenapa kaum isteri boleh terima mereka yang makin gemuk dan buncit selepas kahwin? 

“Bukan tak boleh tegur isteri, tapi biarlah kena pada caranya agar tidak menyakitkan hati pasangan, janganlah sampai hina punggung isteri macam tembikai.

“Contohnya, hadiahkan pakej spa kepada isteri untuk kekal cantik dan langsing. Yang penting adalah cara komunikasi yang baik bersama pasangan,” katanya sambil menambah bentuk badan rakan baiknya kini lebih baik.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain