suria

Dicurangi kerana awek muda, isteri malang akhirnya dicerai talak 2... status subur suami masih jadi tanda-tanya

Fa (kiri) akhirnya diceraikan selepas tiada persefahaman dengan suaminya yang bersikap curang dengan seorang gadis lebih muda.

SEMINGGU selepas kisah masalah rumah tangganya tular di media sosial kerana suami menjalin hubungan sulit dengan wanita yang jauh lebih muda, si isteri akhirnya diceraikan.  

Hanya mahu dikenali sebagai Fa, dia diceraikan dengan talak dua di Mahkamah Rendag Syariah di Putrajaya pada pagi Khamis.

Di mahkamah, wanita berusia 24 tahun itu memberitahu alasan permohonan cerai sebelum ini kerana sudah tiada lagi persefahaman dan suami mengulangi sikap curang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak ada anak jadi alasan, tapi suami elak periksa kesuburan... “Hancur hati tengok dia curang dengan budak muda”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!


Perkongsian Fa pada hari terakhirnya bergelar seorang isteri.

Fa menjelaskan ia sebenarnya merupakan penceraian kedua selepas diceraikan pertama kali kira-kira dua tahun lalu yang berpunca daripada pihak ketiga.

“Dulu kami bercerai sebab masa tu kami bergaduh dan masing-masing diberikan ruang untuk bertenang, tapi dalam tempoh tu dia curang dengan wanita lain.

“Kali ni, dia curang lagi. Tapi, dia menggunakan alasan kami tidak dikurniakan cahaya mata sebelum dia kantoi curang,” katanya kepada mStar.

Luahan Fa yang kecewa dengan suaminya.

Fa memberitahu, sebelum ini mereka merujuk semula kurang sebulan selepas bercerai kerana tidak mampu hidup tanpa suaminya, tapi kini dia sudah nekad.

“Dulu memang saya tak mampu, siap merayu-rayu untuk kembali bersamanya. Tapi kali ni dia buat lagi perangai lama walaupun tak mengaku.

“Memang sedih hubungan kami berakhir setakat ini, tapi pada masa sama saya lega. Kalau perkahwinan kami diteruskan, pasti tak akan jadi lebih baik,” katanya.

“Memang sedih hubungan kami berakhir setakat ini, tapi pada masa sama saya lega. Kalau perkahwinan kami diteruskan, pasti tak akan jadi lebih baik

FA

Fa mengakui sebak saat dilafazkan cerai oleh suaminya di hadapan hakim syarie apabila mengenangkan lelaki itu pernah muncul dalam hidupnya.

“Masa dia lafaz cerai tu, saya rasa sebak sebab teringat dia dulunya seorang yang baik dan penyayang. 

“Sebelum lafaz cerai, kami bersalaman buat kali terakhir. Dia ada minta maaf sebab kami tidak lagi serasi bersama,” ujar Fa yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Antara gambar yang menunjukkan kemesraan suaminya bersama seorang gadis di laman sosial milik gadis itu.

Fa bagaimanapun berat untuk memaafkan lelaki yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu kerana hatinya hancur akibat perbuatan curang suaminya bersama gadis yang dikatakan baru berusia 18 tahun.

“Entahlah, sukar untuk saya maafkan dia sebab tak sangka dia sanggup buat macam tu dengan saya, untuk kali kedua.

“Sebelum ini, dia lah harapan untuk saya bergantung, lelaki yang saya terima seadanya. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan," katanya. 

Dengan 1 Syawal hanya berbaki kurang dua minggu lagi, Fa mengakui belum bersedia untuk menyambut hari lebaran tanpa suami di sisi sejak berkahwin lebih empat tahun.

“Memang tak bersedia tapi sekurang-kurangnya saya lega. Kekuatan saya sekarang adalah daripada sokongan mak ayah dan rakan-rakan. Doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya dengan nada sebak.

Fa bagaimanapun belum bersedia untuk menyambut 1 Syawal tanpa suami.

Perkongsian Fa di laman sosial sebelum ini tular apabila memuat naik gambar suaminya bersama seorang gadis berpelukan erat. 

Suaminya bagaimanapun hanya memberikan alasan tidak mampu menjaganya dengan baik selain tiada anak, sehingga ia didedahkan oleh adik iparnya, dan kemesraan itu dipaparkan secara terbuka di akaun Instagram milik gadis itu.

Fa disahkan subur selepas menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi status kesuburan suaminya terus menjadi tanda-tanya dengan memberi alasan sihat kerana sering bersenam di gim.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, isteri, cerai, talak, curang

Artikel Lain