suria

Tak ada anak jadi alasan, tapi suami elak periksa kesuburan... “Hancur hati tengok dia curang dengan budak muda”

Fa (kiri) terpaksa menerima hakikat berpisah dengan suaminya yang kini menjalinkan hubungan dengan seorang gadis yang lebih muda.

HATI mana yang tak sakit apabila rumah tangga yang dibina bertahun-tahun musnah kerana kehadiran pihak ketiga, lebih-lebih lagi seorang wanita yang jauh lebih muda.

Bila dah tak sayang, makan nasi terlupa letak kicap pun dijadikan isu. Demikian siri luahan seorang isteri yang memuatkan gambar suaminya bersama seorang gadis berpelukan erat.

"Aku yang isteri kau pun kau tak penah peluk erat macam tu. Genting (Highlands) pun tak pernah bawa. Ayat yang menghancurkan hati aku hari terakhir jumpa, kau kata kau bosan jemu.

"Dan apa yang kau rancang masa awal perkahwinan tak menjadi dan salah satu darinya ialah tak bagi kau anak. Terduduk aku, menangis aku depan kau," menurut perkongsian di laman sosial sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

Salah satu perkongsian seorang isteri di laman sosial.

Isteri malang yang hanya mahu dikenali sebagai Fa berkata, dia mengenali suaminya sejak 10 tahun lalu dan telah berkahwin lebih dari empat tahun.

Dia yang baru berusia 24 tahun itu berkata, tiada masalah dalam hubungannya bersama suami yang berumur 30 tahun sehinggalah sebulan lalu.

"Suami suka melepak dengan kawan-kawan dia dan saya tahu. Tapi, satu malam dia tak balik dan hanya pulang ke rumah keesokannya.

"Bila dia balik, dia cuma minta maaf. Tapi esok malamnya dia tak balik lagi dan kali ni sampai tiga hari. Puas saya hubungi kawan-kawan dan keluarga dia, tak ada siapa yang tahu.

"Saya tak buat laporan polis sebab naluri saya kuat mengatakan dia tak hilang. Tapi dia tak balik dan saya terus cuba mencari dia," katanya kepada mStar.

Antara gambar di laman sosial milik gadis yang membongkarkan hubungan sulit suami Fa.

Fa berkata, mereka kemudian mengadakan perbincangan secara baik selepas suaminya kerap tidak pulang ke rumah selepas itu tetapi tiada alasan kukuh yang diberikan.

Menurutnya, suami mengaku tidak lagi mampu menjalankan tanggungjawab dan masing-masing kemudian mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.

"Suami cakap, dia ingatkan kami boleh dapat anak. Tapi saya tak mandul, saya dah buat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan saya subur. 

"Bila saya minta suami pun buat pemeriksaan, dia asyik mengelak dan memberikan alasan dia sihat sebab dia selalu ke gim untuk bersenam," ujar Fa yang berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang dan kini menetap di Putrajaya.

Perkongsian Fa yang kini viral disedari suami dan 'kekasih gelapnya'.

Bagaimanapun, rahsia suaminya terbongkar apabila adik iparnya memberitahu abangnya selama ini menjalinkan hubungan bersama seorang gadis.

Suami cakap, dia ingatkan kami boleh dapat anak. Tapi saya tak mandul, saya dah buat pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan saya subur. 

FA

Hancur hati Fa melihat kemesraan suaminya bersama gadis itu yang dikatakan baru berusia 18 tahun, yang dipaparkan secara terbuka di akaun Instagram milik gadis itu.

"Macam pasangan bercinta saya tengok. Suami yang dulunya saya kenal begitu baik dan merendah diri, kini hanya mahu berseronok," katanya sambil mendedahkan berat badan suaminya semakin susut dipercayai akibat mengambil dadah.

Fa tak kuat hadapi dugaan.

Menurut Fa, dia kesal kerana suaminya tidak berterus-terang mengenai pihak ketiga berbanding meletakkan kesalahan pada dirinya kerana tidak mampu memberikan zuriat.

Pernah ditanya sama ada mempunyai perempuan lain, tetapi suami menafikannya sehingga Fa kesal apabila suaminya yang memilih untuk berpisah kerana mahu hidup bersosial.

"Budak tu masih muda dan dengarnya budak tu janda anak seorang tapi saya tak pasti. Sama ada hubungan mereka serius atau tak, tak pasti tapi begitu mesra.

"Saya tak kuat dengan dugaan ni, tapi keluarga angkat saya banyak menyokong. Perpisahan mungkin jalan terbaik dan saya berharap dapat 'move on'," katanya.

Fa berkata, dia mengambil keputusan untuk memfailkan kes membabitkan rumah tangganya di mahkamah pada Khamis.

"Doakan saya untuk urusan naik mahkamah minggu depan untuk terakhir kalinya.

"Beraya sorang lah saya tahun ni ya? Pengakhirannya, keluarga juga yang berada di sisi. Terima kasih mama abah!," katanya. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
suami, isteri, berpisah, curang, mandul

Artikel Lain