Air mata sahur! Anak kongsi detik tragis lihat kucing kaku tak bernyawa, “Masa tu mak tengah isi nasi” - Viral | mStar

Air mata sahur! Anak kongsi detik tragis lihat kucing kaku tak bernyawa, “Masa tu mak tengah isi nasi”

Paparan skrin video mengenai kehilangan Twinky yang tular di media sosial.

AIR mata sahur. Itulah yang dapat digambarkan mengenai situasi dihadapi tujuh sekeluarga apabila si bulus kesayangan mereka mati Ahad lalu.

Si bulus berwarna jingga yang dikenali sebagai Twinky terjatuh dari tingkat 17, kediaman keluarga tersebut yang terletak di Puchong Prima ketika mereka mahu bersahur kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut Nik Mohamad Farhan Firdaus Nik Mohd Fauzi, semasa kejadian sliding door rumah mereka terbuka dan Twinky dipercayai tergelincir semasa bermain di balkoni rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Haiwan pun kena sihir? Pelajar bingung perut kucing tiba-tiba terburai, “Dia seret usus datang kat saya”
ARTIKEL BERKAITAN: B
agi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut!

Sebaik sahaja menyedari Twinky tiba-tiba hilang dari pandangan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata suasana tenang di rumah tiba-tiba bertukar panik.

"Masa tu mak tengah isi nasi. Lepas tu kakak perasan Twinky tak ada sebab sebelum tu Twinky ada dekat balkoni, main-main dekat situ.

"Bila akak jenguk je kat luar balkoni tengok Twinky dah dekat bawah terlentang atas jalan tar. Kakak terus berlari masuk lif, turun bawah ambil Twinky sambil nangis-nangis bawa naik atas.

"Semua menangis bila tengok keadaan Twinky sudah tidak bernyawa. Kiranya hari tu kami berpuasa tanpa sahur, hanya menangis mengenangkan nasib Twinky," katanya ketika dihubungi mStar.


Wafey amat manja dengan Twinky.

Nik Mohamad Farhan Firdaus atau lebih mesra disapa Paan berkongsi video yang menyaksikan kakaknya, Faryna Natasha dan adiknya, Na'il Wafeq menangis teresak-esak melihat keadaan kucing mereka sudah tidak bernyawa di Twitternya.

Malam sebelum Twinky mati tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi.

NIK MOHAMAD FARHAN NIK MOHD FAUZI

Video berdurasi 30 saat itu mendapat 430,000 tontonan dan diulang kicau sebanyak 26,100 kali.

Jelas Paan, Twinky yang baru berusia empat bulan mati serta-merta disebabkan kecederaan dalaman selain patah kaki dan leher.

Katanya, mereka sekeluarga terkejut dengan insiden itu tetapi kehilangan Twinky memberi kesan mendalam kepada kakak dan adik ketiganya itu.

Twinky yang baru berusia empat bulan merupakan kucing pertama peliharaan keluarga tersebut.

"Semua sedih tapi kakak dan adik paling terkesan. Mereka berdua amat rapat dengan Twinky kerana itu haiwan pertama yang mereka bela. Twinky memang manja dengan mereka.

"Malam sebelum Twinky mati tu pun dia tidur dalam bilik kakak saya. Peliknya dia tidur sebelah kakak saya. Macam tahu-tahu je dia nak pergi.

"Adik pula selalu kalau balik sekolah dia jumpa kucing tu dulu. Tapi esoknya bila dia balik jumpa kubur kucing saja. Itu yang dia sedih sangat tu," katanya.

Namun demi untuk menggembirakan kakak dan adiknya, ibu dan ayah mereka membeli kucing baharu sebagai pengganti Twinky.

“Lama jugalah mereka sedih tapi kami pujuk cakap nanti jumpa Twinky dekat syurga. Kami pun cari kucing baru dekat KL.

Paparan skrin perkongsian tular itu.

“Kucing tu lebih kurang sama macam Twinky warna jingga. Tapi kami namakan dia Coffee sebab kalau orang buat kopi dia suka datang dekat-dekat.

“Lepas beberapa hari, adik dan kakak dah ok sikit. Mungkin ambil sikit masa nak hilang rindu dekat Twinky tapi saya percaya mereka sudah hampir move on,” katanya.

Ditanya mengenai komen netizen yang menyalahkan mereka sekeluarga atas insiden itu, Paan mengakui kesal kerana terlambat memasang jaring di koridor rumah.

“Memang salah kami sebab lambat sikit nak pasang jaring untuk elak kucing jatuh. Sebenarnya kami baru pindah ke sini.

“Banyak benda nak kena settle dan masa tu tak fikir lagi pasal jaring semua tu. Memang tak expect benda ni akan berlaku. Kejadian ini amat mengejutkan kami,” katanya.

Twinky , kucing , sahur , balkoni

Artikel Lain