suria

Haiwan pun kena sihir? Pelajar bingung perut kucing tiba-tiba terburai, “Dia seret usus datang kat saya”

Ayen ditemui mati pada pagi Selasa lalu oleh pemiliknya, Muhammad Arif Firdaus Ahmad Kamal.

PUNCA kematian menjadi teka-teki namun pemergian Ayen sehingga hari ini masih lagi ditangisi.

Begitulah yang diceritakan Muhammad Arif Firdaus Ahmad Kamal, 22, apabila kucing kesayangannya mati dalam keadaan yang cukup menyayat hati sehingga kisah itu tular di laman Twitter.

Ayen yang dilahirkan pada September tahun lalu ditemui dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dengan perutnya yang terburai di perkarangan rumah pemuda itu pada Selasa lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut!
ARTIKEL BERKAITAN: 
Pelik... semua kucing tiba-tiba murung, rupanya petanda 'tuan' meninggal dunia

Mesra disapa Aus, pelajar jurusan Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar, Perak itu mengakui cukup terkesan dengan kejadian berkenaan.

Ayen dilahirkan pada September tahun lalu.

"Tak tahu siapa yang buat. Saya dengar bunyi kucing sekitar pukul empat pagi, lepastu senyap. Saya biarkan sahaja. Ingatkan kucing bergaduh.

"Tengok pukul tujuh pagi perut dah terburai, nyawa-nyawa ikan dia seret usus sebab nak datang kat saya. Dua jam juga Ayen bertahan baru dia mati.

"Terkejut dan sedih, ada orang cakap biawak yang buat. Tapi tak nampak macam kesan gigit. Nak cakap manusia yang buat pun saya tak ada syak sesiapa," kata Aus sewaktu dihubungi mStar pada Sabtu.

Kata orang tu, ada orang hantar sihir tapi terkena pada kucing saya. Tapi saya pun tak pasti apa sebenarnya punca kematian Ayen

MUHAMMAD ARIF FIRDAUS AHMAD KAMAL

Menurut Aus lagi, bangkai Ayen ditanam di perkarangan kediamannya di Ajil, Terengganu, betul-betul di tepi bilik tidurnya.

Malah, kerenah Ayen yang nakal dan manja masih lagi terbayang-bayang di minda Aus sehingga saat ini.

"Ayen ni dia pelik, nakal dan manja. Dia suka kunyah katak. Kadang-kadang saya main telefon dia akan sondol tak nak bagi saya main.

"Hari-hari saya keluar rumah cari dia, memang terasa bila dia dah tak ada. Masa bersihkan Ayen hari tu pun saya menangis," kata Aus lagi.

Kucing-kucing belaan Aus berkumpul di lokasi bangkai Ayen ditanam pada Selasa lalu.

Selain Ayen, Aus turut membela empat lagi kucing di kediamannya.

Setelah kisah kematian Ayen tular di Twitter sehingga menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet), beberapa netizen turut tampil membuat spekulasi mengenai kematiannya.

Antara yang paling mencuri tumpuan pastinya komen seorang individu yang mengaitkan perkara itu dengan amalan sihir.

"Ramai yang simpati tengok keadaan Ayen, tapi ada juga yang kaitkan dengan sihir.

"Kata orang tu, ada orang hantar sihir tapi terkena pada kucing saya. Tapi saya pun tak pasti apa sebenarnya punca kematian Ayen," katanya mengakhiri bicara.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain