suria

Aliff Syukri menggigil terima berita pemergian pengasas Dnars, "Dia janji nak datang majlis iftar saya malam ini"

Aliff Syukri memuatnaik gambarnya bersama Faziani (kanan) di Instagramnya sebaik sahaja menerima berita mengenai pemergian pengasas Dnars itu. Foto: Instagram Aliffsyukriterlajaklaris

"KENAPA ramai orang yang saya sayang pergi...dia dah janji nak jumpa saya malam ni," luah Datuk Seri Aliff Syukri.

Usahawan terkenal kosmetik itu memuat naik staus bersama gambar Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad yang terkorban dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada Sabtu.

Menurut Aliff, beliau terkejut dan menggigil sebaik sahaja menerima berita sedih mengenai sahabat dalam perniagaannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani

ARTIKEL BERKAITAN: “Arwah sering beri sokongan, kali terakhir jumpa di majlis berinai” - Fasha Sandha ucap takziah pemergian pengasas Dnars

Faziani meninggal dunia di tempat kejadian.


"Jujurnya pahit untuk saya tulis ini sebab saya kenal kak Faziani lebih 15 tahun... ketika berniaga di pasar lagi sehinggalah beliau berjaya.

Saya terus terimbau kembali kebaikan kak Faziani. Orangnya sangat baik...setiap tahun bagi sumbangan dan ke umrah, ikhlas dan tidak pernah memburukkan orang.

"Malah dia janji nak datang majlis saya malam ini untuk iftar siap booking 2 orang," tulis Aliff di Instagramnya.

Tambah Aliff, beliau akan berangkat ke Kelantan selepas berbuka puasa untuk memberi penghoramtan terakhir kepada arwah.

Aliff Syukri memuat naik porting di Instagramnya pada Sabtu. 

Dalam kejadian pagi Sabtu itu, Faziani terbabit dalam kemalangan ketika perjalanan ke rumah tahfiz bagi memberikan sumbangan.

Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.Manakala sumainya, Ahmad Shah Rizal yang turut berada bersama mengalami kecederaan.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Aliff Syukri, Pengasas Dnars

Artikel Lain