suria

Ibarat diserang zombie! Jejaka ini kongsi video Langkawi sepi tanpa pengunjung, ramai pula luah rasa rindu - “Kalau tengok pun sayu”

Video suasana di sekitar Pantai Chenang yang sepi tanpa pengunjung tular menerusi TikTok.

SUATU ketika dahulu, pulau peranginan popular ini bagaikan tak pernah tidur.

Hampir setiap masa, Pulau Langkawi yang terletak di Kedah dipenuhi dengan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Namun sejak pandemik Covid-19 melanda, suasananya berubah hampir 360 darjah.

ARTIKEL BERKAITAN: Warung sepi tanpa pelanggan sejak PKP, ibu mesej dapat RM20 je... siapa sangka kuasa viral ubah nasib menjelang 2021

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati lambakan ‘bunga dibuang di Cameron Highlands’! Status bisnes bunga dipersoal, anggap rakyat Malaysia perlukan terapi

Terbaharu, tular di TikTok rakaman memaparkan suasana sekitar Pantai Chenang di pulau legenda itu yang cukup sepi, persis bandar hantu.

Menurut pemilik video yang mahu dikenali sebagai Mie, dia sebagai salah seorang penduduk di sana turut merasai impaknya.

Langkawi sepi selepas PKP dikuatkuasakan.

"Saya baru setahun bertugas di Langkawi. Ia merupakan tempat paling kerap saya datang sejak dulu lagi, terlalu banyak tarikan di Langkawi.

"Kalau nak ceritakan perbezaan, memang ketara. Dengan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang tak boleh datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Memang boleh nampak kesan kepada sektor pelancongan. Langkawi khususnya di sekitar Chenang tak pernah tidur selama ini. Sekarang ia sepi," ujarnya kepada mStar.

Menurut jejaka berusia 30-an yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu, dia sekadar mahu berkongsi suasana semasa di Langkawi menerusi video-video di platform TikTok.

Semestinya semua orang mengharapkan Covid-19 cepat berakhir.

MIE

Malah katanya, dia dihujani dengan pelbagai komen termasuklah yang menzahirkan rasa rindu untuk melawat pulau itu.

"Saya kongsi video untuk tunjuk apa yang ada di Langkawi. Dalam video saya, ramai penonton terkejut. Tak sangka Langkawi jadi macam sekarang.

Mie banyak berkongsi video menerusi TikTok.

"Kalau tengok pun rasa sayu. Sehinggakan ada yang kata Chenang ibarat sudah diserang zombie.

"Video yang saya kongsi dapatlah mengubat kerinduan mereka. Ada yang ucap terima kasih kepada saya kerana bawa mereka 'jalan-jalan' walaupun menerusi video saja.

"Mereka kata rindu nak datang Langkawi. Rata-rata komen positif," ujarnya lagi.

Kata Mie, dia berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera.

Menurut Mie lagi, besar harapannya agar Covid-19 berakhir segera bagi membolehkan Langkawi kembali meriah seperti dahulu kala.

"Semestinya semua orang mengharapkan Covid-19 cepat berakhir. Ini sudah tahun kedua kita berhadapan dengan Covid-19.

"Ramai orang di Langkawi khususnya yang buat bisnes resort, chalet, sewa kereta dan sebagainya terjejas.

Suasana pantai yang dahulunya meriah kini sepi tanpa pengunjung.

"Tapi semua rakyat juga harus berdisiplin sepanjang PKP ini supaya kes tak meningkat dan ia dapat berakhir segera," ujarnya yang turut dikenali sebagai Mr Seaman Official di TikTok.

Untuk rekod, dia memiliki lebih 273,000 pengikut TikTok dan sering berkongsi video mengenai keindahan alam di pulau legenda itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain