suria

Suka sakat kawan latah, akhirnya ‘berjangkit’ dekat diri sendiri... pemuda dedah dah banyak handphone jadi ‘korban’

Video Hamim melambung telefon bimbitnya gara-gara terkejut kerana disergah (gambar kanan) menjadi tular di TikTok.

MEMANG terhibur apabila melihat gelagat individu yang kuat melatah.

Malah tabiat itu makin menjadi-jadi apabila disakat oleh individu sekeliling.

Dalam satu video yang tular di aplikasi TikTok, kelihatan seorang pemuda melatah sehingga terlambung telefon bimbit sendiri selepas disergah seorang rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan saya minta atau buat-buat” - Penari suka melatah dakwa ‘berjangkit’ dengan nenek

ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit latah gagal ikut ‘arahan’, terlompat-lompat semasa iring pengantin - “Awak kena tahan, ketap mulut betul-betul”

Sehingga kini video berkenaan meraih melebihi 314,000 jumlah tontonan.

Menurut Mohamad Hamim Nor Azman, video berkenaan adalah video lama yang dirakam tahun lalu ketika dia dan rakan-rakannya melepak di sebuah di kedai makan.



Hamim berasal dari Kuala Nerang, Kedah dan kini bekerja di Ayer Keroh, Melaka.

"Kawan-kawan memang suka menyakat... bila mereka tahu saya jenis senang melatah, lagilah suka kacau. Apa yang terjadi tu memang sukar nak dijelaskan sebab ia bukan dalam kawalan.

"Disebabkan terkejut kerana disergah, itu yang sampai melambung handphone. Mujur dapat sambut semula," cerita pemuda berusia 23 tahun ini.

Bercerita mengenai permulaan kepada tabiat latahnya, pemuda yang senang disapa sebagai Hamim ini berkata, ia bermula ketika dia di sekolah menengah.

"Sebenarnya dalam keluarga, mak beritahu arwah nenek juga seorang kaki latah. Mak saya melatah juga tapi yang tak kronik. Adik beradik lain tak ada yang melatah, hanya saya seorang saja.



Hamim mendedahkan tabiat latahnya bermula ketika di sekolah menengah gara-gara suka menyakat orang melatah.

"Macam mana boleh melatah tu, sebab saya dulu suka sakat orang yang melatah. Tengok-tengok dah 'berjangkit' dekat diri sendiri.

"Saya dulu melatah tak teruk pun... biasa-biasa saja. Tapi bila dah berhijrah ke Melaka sejak tiga tahun lalu untuk jalani praktikal dan terus bekerja di sini, makin menjadi-jadi sebab ada kawan kaki latah juga.

"Bila sama-sama melepak, kawan-kawan lain akan 'laga-lagakan' kami. Penat juga melatah tapi kawan-kawan pun penat juga sebab asyik ketawa tengok gelagat kami," ujarnya yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dedah Hamim yang kini bekerja di Ayer Keroh, Melaka, telefon bimbitnya sudah beberapa kali ditukar kerana rosak gara-gara menjadi 'mangsa' balingannya ketika melatah.

Kawan-kawan tak akan usik kalau nampak saya tengah pegang benda-benda bahaya atau tengah memandu. Hanya masa santai-santai saja.

MOHAMAD HAMIM NOR AZMAN

"Ada satu insiden di kawasan R&R Gurun... masa tu saya dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Nerang dari Pulau Pinang. Tengah berhenti rehat, sajalah main handphone.

"Tiba-tiba kawan sergah, saya terus baling masuk longkang. Blur kejap dan tengok je handphone tu. Memang rosak terus. Reda sajalah.



Hamim (baju hijau, belakang) bersama adik beradik dan saudara maranya.

"Tapi kawan-kawan tak akan usik kalau nampak saya tengah pegang benda-benda bahaya atau tengah memandu. Hanya masa santai-santai saja. Sekarang ni saya dah cuba hati-hati masa pegang handphone tapi kadang 'terlepas' juga. Kali terakhir tukar handphone pada tahun lepas.

"Ada yang pernah bagi petua nak kurangkan latah antaranya ketapkan gigi. Saya pernah cuba tapi tak 'jalan' jugak," ujarnya ketawa kecil.

Tambah Hamim, dia sendiri tidak menyangka video latahnya yang dimuat naik oleh seorang rakan di TikTok menjadi tular.



Hamim (kiri) sering kali disakat ketika melepak bersama rakan-rakannya.

"Saya tahu pun selepas dia yang beritahu. Dia saja-saja je post sebab rindu nak melepak dengan kawan-kawan macam dulu-dulu... sedar-sedar 'blow up'. Memang kalau melepak, tak sah kalau tak disakat.

"Saya okay saja... boleh juga hiburkan kawan-kawan. Tak best lah melepak suasana muram je kan," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain