suria

Hati tertinggal di Langkawi... Pemuda berhenti kerja kilang, balik kampung jadi beach boy lagi ‘masyuk’ - “Boleh dapat RM1,500 sehari”

Arash pernah bekerja di kilang kereta sebelum bergelar beach boy di Langkawi.

KAMPUNG halaman yang terletak di Langkawi, Kedah sentiasa dekat di hati pemuda ini.

Ketika merantau di negeri orang, Arash Nashran Abdul Maser hanya mampu bertahan tiga bulan sebelum dia membuat keputusan untuk kembali ke tempat asalnya.

Kini, pemuda berusia 20 tahun itu selesa bekerja sebagai beach boy yang mana dia banyak terlibat dalam menguruskan aktiviti pelancongan di pulau berkenaan.

arash2

Arash merupakan anak sulung daripada lima beradik.

"Saya memang berasal dari Langkawi. Sebelum ini saya pernah bekerja di kilang kereta di Selangor. Tapi hanya mampu bertahan selama tiga bulan.

"Saya tak boleh duduk di sana, saya teringat pantai. Saya memang minat laut sejak kecil lagi. Selepas kembali ke Langkawi dua tahun lepas, saya bekerja sebagai beach boy.

"Antara skop kerja saya adalah menguruskan sewaan jet ski, parasailing, jadi pemandu pelancong dan macam-macam tugasan lagi," ujarnya yang senang disapa Arash.

Kerja ini lagi berbaloi, sebab tu saya balik ke Langkawi.

ARASH NASHRAN ABDUL MASER

Namun menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga tidak terlepas daripada padangan serong masyarakat yang gagal memahami tugas sebenar seorang beach boy.

Namun kata Arash, pandangan sekeliling tidak menjadi masalah buatnya kerana dia mampu meraih pendapatan lumayan untuk menyara diri dan membantu keluarga.

"Dah biasa orang pandang negatif terhadap pekerjaan ini. Tapi tak semua beach boy jahat. Orang pernah pandang serong, sebab orang cakap beach boy ni jahat, selalu bawa guest mat salih.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kongsi Pantai Cenang hambar walau malam minggu, betul ke kos bercuti ke Langkawi lebih mahal daripada overseas?

ARTIKEL BERKAITAN: Celik mata masih gelap, tengok jam sudah 7.30 pagi! Minah Australia pelik tak nampak matahari di Langkawi - “Malaysia adalah magik!”

"Tapi saya seronok dapat perkenal tempat kita kepada orang luar. Kerja ini juga terjamin sebab gajinya okey, sebab gaji hari. Lumayan dan bergantung kepada pelanggan juga.

"Dah dua tahun saya kerja, paling banyak saya boleh dapat sampai RM1,500 sehari. Itu baru sehari. Dan ada juga pelancong yang juga bagi tip.

"Kerja ini lagi berbaloi, sebab tu saya balik ke Langkawi," ujarnya yang pernah menguruskan pelancong Amerika Syarikat, Jerman, Poland dan bermacam-macam negara lagi.

arash3

Arash merancang untuk membeli bot dan jet ski sendiri suatu hari nanti.

Keluar bekerja seawal pukul 8 pagi, Arash berkata dia berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran, namun menganggap semua itu sebagai asam garam dunia pekerjaan.

Tambah Arash, dia juga merancang untuk mengusahakan bisnes sendiri suatu hari nanti, sekali gus dapat memeriahkan lagi sektor pelancongan di kampung halamannya.

"Risiko paling besar sudah tentu laut. Macam-macam risiko, dengan ombak lagi. Jadi, nyawa pelancong itu di tangan kita. Saya sebagai beach boy kena selamatkan mereka, tak kira apa jua keadaan sekalipun.

arash4

Selain pelancong tempatan, Arash juga banyak menguruskan pelancong luar.

"Tapi setiap kali nak main watersport, kami akan bagi arahan. Patuhi saja, InsyaAllah semuanya okey. Daripada segi masa depan, saya memang terfikir nak jadi tauke suatu hari nanti. Saya nak beli bot dan jet ski sendiri," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Arash berkata dia juga memanfaatkan kewujudan media sosial sehingga mampu meraih pelanggan baharu menerusi aplikasi TikTok.

Tambahnya, Langkawi kini semakin 'hidup' selepas sepi buat sekian lama ketika pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020.

arash5

Industri pelancongan Langkawi semakin 'hidup' selepas pandemik Covid-19 berakhir.

"Masa tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang tak ada kerja. Saya harapkan duit simpanan dengan buat kerja part time lain masa tu. Tapi sekarang dah tak macam dulu.

"Sekarang, saya juga ada dapat pelanggan daripada TikTok. Mudah kalau mereka nak booking, nak walk-in pun boleh," ujar Arash lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain