suria

Suami menangkan kakak, tak peduli kedai motor ‘kejar’ isteri... Wanita ini menyesal jadi penjamin, sengsara dapat ipar liat bayar hutang!

Wanita tersebut kecewa kerana suaminya memilih untuk mempertahankan kakak sendiri. Gambar hiasan

SIAPA sangka, niat wanita ini yang mahu membantu ahli keluarga akhirnya memakan diri sendiri.

Dalam satu kiriman luahan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia pada mulanya bersetuju namanya digunakan sebagai penjamin kepada kakak iparnya yang mahu membuat pinjaman bank bagi membeli sebuah motosikal.

"Salah aku sebab bagi nama untuk dia (kakak ipar) buat loan motor. Tak banyak, tapi pada aku banyaklah. RM400 sebulan. Dua tahun loan tu.

"Lagi berapa bulan baru masuk setahun. Dah bila pakai nama aku, tentulah kalau dia tak bayar, kedai akan call dan WhatsApp tanya kenapa.

"Dan teka apa? Setiap tiga bulan kedai akan call. Kenapa tak bayar? Bila nak bayar?

stres 1

Wanita berkenaan stres kerana sering mendapat panggilan susulan pinjaman yang dilakukan oleh kakak iparnya.

"Aku rimas. Apabila aku tanya, jawab ada masalah kerja. Aku faham. Kedua kali jadi lagi, aku tanya. Masalah kesihatan. Masalah kerja," luahnya.

Wanita itu berkata, akibat tidak tahan, dia mengadu mengenai perkara tersebut kepada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan anak Kelantan, nak buat pinjaman beli motor kena tolak... Belum tengok dokumen, dengar ‘kecek’ Pantai Timur dah tak lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Nak beristeri, sila simpan duit! Pemuda dedah buat loan untuk kahwin ‘pantang’ dalam masyarakat Cina

Apa yang membuatkan dia kecewa, suaminya bukan sahaja tidak menyebelahinya, malah bertindak mempertahankan kakak sendiri.

"Apa dia (suami) jawab? Buat rileks. Nama aku takkan kena CTOS (Credit Tip Off Service). Aku dah beritahu, aku jenis tak rileks. Benda ni bukan boleh buat rileks.

"Lepas itu suami kata aku meroyan dan gila sebabnya pada dia benda ni kecil. Aku beritahu, tolong remind suami kakak dia, itu saja. Remind jangan buat macam tu. Aku ni mudah stres.

"Dia tak nak. Katanya, apa-apa jadi pada aku dengan dia, mana lagi dia nak cari kalau bukan keluarga dia. Suami kata, aku kena bersyukur sebab dah mudahkan urusan kakak dia dengan suami kakak dia.

Kalau dia tak nak bayar, suruh je kedai atau bank tarik balik. Kalau kamu mampu bayar, bayar je, kamu guna... habis cerita.

NETIZEN

"Baru Allah mudahkan kerja aku, urusan aku. Eh salah aku pula? Salah ke aku tegur kakak ipar aku, aku tanya apa masalah sampai setiap tiga bulan kedai kena call tanya mengapa tak bayar. Salah aku ke?" katanya lagi.

Tambah wanita berkenaan, dia sekadar berkongsi kisahnya di media sosial untuk meminta pendapat dan dalam masa yang sama memberi mesej kepada orang lain mengenai kepentingan bersikap amanah.

"Pada aku, kau dah tau kau pegang amanah, pegang tanggungjawab, guna nama orang, laksanakanlah dengan baik.

"Aku buat (bantu) mungkin sebab aku fikir kakak tu kakak suami aku. Jadi dia takkan buat aku susah. Tapi tengoklah.

"Aku jadi rimas. Dan aku akui itu semua memang salah dari aku. Percayakan sangat orang. Pada akhirnya aku yang nampak jahat," akhirinya.

komen loan

Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen pula, ada segelintir netizen mencadangkan supaya wanita tersebut memberi 'pengajaran' kepada sikap culas kakak iparnya itu.

"Kalau dia tak nak bayar, suruh je kedai atau bank tarik balik. Kalau kamu mampu bayar, bayar je, kamu guna... habis cerita.

"Dah liat sangat membayar... kau suruh je kedai tarik balik motor tu.

"Tak tolong salah, tolong pula kita yang akan disalahkan.

"Jangan tolong dah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain