suria

Kasihan anak Kelantan, nak buat pinjaman beli motor kena tolak... Belum tengok dokumen, dengar ‘kecek’ Pantai Timur dah tak lepas

Permohonan pinjaman individu itu ditolak kerana dia berasal dari Kelantan.

ENTAH mana silapnya, sebilangan besar rakyat Kelantan sering berdepan diskriminasi dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Selain isu kemunduran, sikap rakyat negeri itu turut menjadi 'modal' penghinaan segelintir pihak di media sosial sejak sekian lama.

Terbaharu, seorang individu turut meluahkan kekecewaan apabila hasratnya untuk membuat pinjaman tidak diluluskan hanya kerana dia berasal dari Kelantan.

"Aku pun tak tahu apa salah orang Kelantan. Habis la lepas ni orang Kelantan susah nak buat pinjaman," tulis individu itu di TikTok.

Dia turut berkongsi video, memaparkan mesej suara seorang wanita melalui WhatsApp, dipercayai pekerja yang terlibat dalam urusan pinjaman untuk pembelian kenderaan.

"Maaf tanya, encik orang Kelantan ke? Maaf encik pihak pinjaman tak terima orang Kelantan, minta maaf ya," ujar wanita itu.

Isu sekarang ni, seorang dua (orang) Kelantan buat hal, terus simpulkan semuanya sama.

NETIZEN

Mesej suara itu turut dikongsi semula dalam sebuah group WhatsApp sebelum beberapa individu memberi ulasan tentang diskriminasi yang berlaku.

"Tak lepas (pinjaman) dia nak beli motor. Bunyi orang Kelantan, terus tak boleh," ujar seorang lelaki.

"Kedai lain banyak lagi," tulis seorang lagi wanita dalam group WhatsApp itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mat Kelantan menjual sambil kesal tak belajar betul-betul! 3 jam jalan macam nak patah kaki, satu mangga pun tak laku

Posting video itu meraih lebih 217,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Menurut pelayar TikTok, rekod buruk segelintir rakyat Kelantan yang didakwa culas membuat pembayaran balik menjadi punca ramai pembeli lain gagal mendapatkan pinjaman.

"Sebab orang Kelantan beli motor pinjaman (bank). Ambil motor bawa balik kampung, kemudian lari tak bayar.

"Nak beli motor hari tu pun orang kedai tanya saya orang Kelantan ke? Saya jawab bukan, terus dia okey.

kelantan43

Menurut netizen, hal itu mungkin berlaku kerana rekod buruk beberapa individu dari Kelantan yang gagal melunaskan pinjaman. (Gambar Hiasan)

"Dia bukan apa, orang kita ni (anak Kelantan) bayar tak habis, lari balik kampung, (hutang) motor tak bayar. Saya cakap macam ni sebab ada kawan yang begini," ujar beberapa individu, juga dari Kelantan.

Pada masa sama, ramai yang turut menggesa agar sebarang diskriminasi atau sikap pilih bulu mengikut negeri dapat dihentikan segera.

Kata netizen lagi, sikap buruk seseorang itu terletak pada diri sendiri dan tidak mencerminkan keseluruhan negeri asalnya.

"Jangan pandang hina orang Kelantan. Dulu saya jual penapis air, mereka kebanyakannya bayar cash, tak main hutang-hutang.

"Isu sekarang ni, seorang dua (orang) Kelantan buat hal, terus simpulkan semuanya sama. Mudahnya berfikir macam tu.

"Apa dosa orang Kelantan aku pun tak tahu," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain