suria

[V] Mat Kelantan menjual sambil kesal tak belajar betul-betul! 3 jam jalan macam nak patah kaki, satu mangga pun tak laku

Tangkap layar video Azaharudin menjual mangga di tepi jalan.

SEANDAINYA mampu diundurkan waktu, pasti ramai golongan dewasa yang mahu kembali ke sekolah.

Jika ditanyakan kenapa, semestinya rata-rata mereka akan menyatakan kekesalan kerana tidak belajar betul-betul sewaktu diberi peluang untuk menuntut ilmu.

Apatah lagi dengan kehidupan zaman kini yang serba serbi memerlukan wang untuk kelangsungan hidup, seseorang perlu bekerja untuk meraih pendapatan bagi mengisi perut.

Cuma yang membezakan setiap individu adalah gaji atau tahap kewangan berdasarkan kerjaya yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang.

Pendek kata, memilih kerjaya yang mampu memberi jaminan pulangan berbaloi amatlah mencabar termasuklah golongan peniaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka gerai tepi jalan selepas cuti tanpa gaji, peniaga air terkedu dapat mesej kawan sekolah di Instagram - “Nak marah tak boleh, saya diam je”

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai musnah dibadai ribut, jualan habis berterabur... reda diuji di hari pertama Ramadan, tindakan 2 rakan niaga selepas itu nyata berbaloi

Turut terpalit dengan nasib sama adalah seorang pemuda yang meluahkan kesukaran dalam mencari rezeki ketika bekerja sebagai penjual mangga jalanan.

Sebagaimana kita ketahui, kini ramai individu menggunakan konsep menjaja di jalan raya ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat dan beberapa kawasan lain yang menjadi lokasi orang awam lalu lalang.

Menerusi video dikongsi Muhammad Azaharudin, walaupun sudah 'mengusung' selama tiga jam bekas berisi buah itu, masih tiada pelanggan yang sudi membelinya.

Berdepan situasi ini, dia meluahkan kekesalan kerana tidak belajar pandai-pandai ketika zaman persekolahannya.

Antara tangkap layar luahan lelaki ini di TikTok.

Lelaki ini dipercayai berniaga di kawasan Kubang Kerian, Kelantan berdasarkan tanda pagar dibuat pada beberapa video.

“Sedih dengan pekerjaanku. Kalau boleh nak undur semula masa.

“Nak belajar pandai-pandai. Berjalan tiga jam tiada sesiapa beli pauh (mangga).

“Kaki nak patah dah,” kata Azaharuddin dalam video menunjukkan nasib sebagai penjual mangga jalanan.

Kalau abang cuma buat kerja ni sahaja, saya rasa baik abang kerja saja dulu bawah orang makan gaji bulan-bulan yang ada gaji pokok.

NETIZEN

Melihat beberapa video lain dimuat naik lelaki ini, terdapat banyak perkongsian memaparkan dirinya berada di tepi jalan sambil membawa buah mangga siap dibungkus.

Malah, Azaharudin juga menyatakan bahawa dia terpaksa berdepan dengan risiko bahaya ketika berniaga namun perkara itu bukanlah menjadi halangan untuk dia terus mencari rezeki.

Luahnya dalam satu hantaran lain, keuntungan diperoleh setiap kali berniaga adalah sekitar RM10 hingga RM30.

Hantaran asal yang tular itu meraih lebih 1.5 juta jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Komen netizen pada video tular.

Netizen turut bersimpati dengan nasib lelaki ini malah memberikan sokongan serta cadangan agar meraih pendapatan lebih.

Selain itu, ada juga yang menawarkan kerja kepadanya, malah ada yang memberi cadangan menjadikan pekerjaan menjual mangga sebagai kerja sampingan.

“Kalau abang cuma buat kerja ni sahaja, saya rasa baik abang kerja saja dulu bawah orang makan gaji bulan-bulan yang ada gaji pokok. Jualan mangga ni abang boleh letak dekat kedai-kedai.

“(Bulan) Disember saya nak buka carwash. Mari, awak kerja dengan saya saja. Gaji saya bagi RM1,800.

“Mari kerja dengan mama. Tempat tinggal mama bagi. Makan minum semua ada,” demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain