suria

Peniaga Madinah didakwa agresif, rampas duit kemudian ugut pembeli - “Tak takut Allah? Kamu datang buat umrah”

Peniaga ini memaksa pelanggannya untuk membeli pakaian.

MENUNAIKAN ibadah haji atau umrah di Tanah Suci Makkah merupakan impian umat Islam bagi yang berkemampuan.

Di samping mendekatkan diri kepada Allah, aktiviti membeli-belah juga dilihat seperti satu kemestian bagi para jemaah.

Namun, baru-baru seorang pengguna TikTok berkongsi video insiden kekecohan di sebuah kedai di Madinah bertujuan mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hari ketika melakukan urusan jual beli di sana.

Tangkap layar video yang tular.

Katanya dalam ruangan kepsyen video, terdapat peniaga di sana yang tidak jujur dan agak agresif.

“Hati-hati yang mana ada dekat Madinah tu, mesti ramai yang dah terkena. Jaga-jaga jalan depan kedai ni, main tarik-tarik paksa orang suruh beli. Lepas tu ambil duit dekat tangan orang.

“Apabila minta pulangkan balik dia tak nak. Minta pulangkan elok-elok pun tak nak... apabila dah rakam baru tahu nak gelisah.

“Berniaga macam ni pun ada ke, tolong minta sebarkan video ini biar sampai dekat pihak berwajib sebelum ramai lagi yang terkena,” tulisnya panjang lebar.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga di Madinah tak dipaksa tutup kedai sewaktu solat tarawih

ARTIKEL BERKAITAN: Agensi umrah aniaya jemaah, pakej RM9,500 tapi dapat hotel 1km dari Masjidil Haram... Wanita ini berjalan 30 minit tolak kerusi roda ibu

Difahamkan insiden itu berlaku ketika individu berkenaan sedang melalui di hadapan kedai peniaga tersebut sebelum dia ditarik masuk.

Lebih mengejutkan apabila duitnya dirampas daripada tangan sedangkan dia tidak membuat keputusan untuk membeli barangan yang dijual.

Dalam rakaman sama, kelihatan peniaga lelaki berjubah itu memegang beberapa keping wang kertas, dipercayai milik individu yang merakam video tersebut.

Makcik saya nak beli dia kata harga macam ni, apabila dah bayar lain pula harganya... sebolehnya tak nak bagi baki.

NETIZEN

Kedengaran peniaga itu menyuruh individu berkenaan mengambil sehelai pakaian dengan harga 100 Saudi Riyal (RM119) namun ia ditolak.

"Tak takut Allah? Kamu datang buat umrah. Tutup, tutup itu!" kata peniaga berkenaan.

Berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya apabila individu ini merakamkan wajahnya.

Pemuda itu tetap meminta agar wangnya segera dipulangkan kerana dia tidak berminat untuk meneruskan urus niaga.

Menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai lagi yang pernah 'terkena' dengan sikap peniaga-peniaga sebegitu.

Komen netizen di TikTok.

Rata-rata pengguna media sosial yang pernah menunaikan umrah dan haji turut berkongsi pengalaman yang sama dilalui oleh mereka semasa berada di Tanah Suci.

“Saya pernah kena macam ni. Marah gila tak tahu nak buat apa. Tapi lain kali kalau mereka paksa cakap ‘haram’ (hukum) nanti mereka takut.

“Haritu saya kena. Bagi 100SR, beli kasut mak 20SR. Dia buat tak tahu... tak nak pulangkan baki. Saya tarik bahu dia. Sound terus.

“Makcik saya nak beli dia kata harga macam ni, apabila dah bayar lain pula harganya. Dia sebolehnya tak nak bagi wang baki. Dah bertekak dua beranak dengan orang kedai,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain