suria

Pelajar sedih jadi miskin! Belajar sambil catu makan, housemates tak faham erti susah selamba ‘kebas’ mi segera, telur

Seorang pelajar susah terpaksa mencatu makanan sepanjang pengajian. -gambar hiasan / Freepik

KEHIDUPAN sebagai pelajar universiti bukanlah mudah seperti yang disangkakan.

Walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang yang diterima bukan jaminan untuk seseorang itu menjalani kehidupan di kampus dengan selesa.

Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari golongan B40 ini misalnya terpaksa mengikat perut sepanjang pengajiannya.

Menerusi satu luahan yang dibuat, dia mendedahkan dirinya terpaksa mencatu makanan demi kelangsungan hidup di universiti.

Mi segera antara makanan kos murah menjadi pilihan pelajar.

Berbekalkan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ia sedikit-sebanyak membantunya untuk membeli makanan.

"Saya terpaksa catu makanan beli mi segera, beras dan telur. Itu je la hari-hari.

"Makanan tu memang ngam-ngam (cukup-cukup) je saya survive. Tak lebih tak kurang la," luahnya.

Luahan seorang pelajar IPTA yang terpaksa 'mencatu' makanan.

Jelasnya, kesempitan tersebut disebabkan kos tambahan untuk menyewa di luar kerana tidak mendapat kemudahan penginapan di kolej yang disediakan pihak universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar guna duit PTPTN beli telur sepapan buat stok, alih-alih kawan serumah 'kaki pau' goreng tak minta izin!

ARTIKEL BERKAITAN: Siswi makan mi segera, biskut kering untuk jimat break down gara-gara baki duit tercicir, mujur uncle Cina bawa MyCar penyelamat - "Kalau diizinkan jadi peguam saya nak tolong uncle"

"Saya tak dapat duduk kolej kediaman, Semester satu dapat duduk kolej, tapi bermula semester dua dah kena duduk luar.

"Jadi, duit PTPTN memang ngam (bayar) yuran dan sewa rumah bulanan," ujarnya yang terpaksa berjimat demi mengalas perut.

Pelajar berkenaan sedih dilabel kedekut.

Bagaimanapun, pelajar tersebut sedih dilabel sebagai kedekut dalam kalangan rakan-rakan serumahnya yang sering mengambil makanan yang dibelinya.

"Saya bukan marah apabila mereka ambil mi segera atau telur saya, tapi macam mana saya nak makan nanti.

"Kebanyakan mak ayah mereka bagi elaun bulanan. Saya tak ada. Memang duit PTPTN je la nak survive," katanya.

Jangan malu untuk meluahkan walaupun perit untuk mengatakannya.

NETIZEN

Namun apa yang lebih menyedihkannya apabila tiada seorang pun memahami kesulitan yang dialaminya.

"Sedihnya jadi miskin serba serbi kurang. Tapi lagi sedih apabila orang sekeliling tak faham," katanya.

Antara komen netizen.

Luahan pelajar berkenaan yanbg dikongsi menerusi satu ciapan di laman Twitter @ConfessTweetMy menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan rata-ratanya menyarankan agar pelajar tersebut menceritakan situasi sebenar kepada rakan-rakan serumah.

"Cara untuk menyelesaikan masalah ini mudah sahaja. Berterus-terang dengan rakan-rakan serumah dan jangan malu untuk meluahkan walaupun perit untuk mengatakannya. Rakan serumah mungkin fikir kita kedekut tanpa sedar perkara sebenarnya. Luahkan.

"Cakap member kedekut. Pada masa sama, 'pau' mi segera dengan telur member. Serius tak boleh 'brain' orang macam ni.

"Jangan malu nak berterus-terang. Cakap je weh aku ni miskin tau, kalau nak ambil boleh je tapi ganti la balik sebab aku memang tak cukup makan weh, mak ayah aku memang tak kasi duit. Ini yang aku buat dan kawan-kawan aku semua faham, ada siap bagi duit lagi.

"Dulu ada member terpaksa hadap rakan sebilik macam ni, sampai tahap simpan makanan dalam bilik tidur punya tak nak kena ambil. Perjelas kat mereka yang anda memang tak cukup duit," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain