suria

Lelaki kongsi Pantai Cenang hambar walau malam minggu, betul ke kos bercuti ke Langkawi lebih mahal daripada overseas?

Suasana di Pantai Cenang dikatakan hambar tanpa kelibat pengunjung walaupun pada hujung minggu.

PERNAH menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai, Pantai Cenang kini dikatakan seperti hilang daya penarik yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.

Walaupun terletak di lokasi strategik Langkawi Permata Kedah, namun ia masih belum mampu menjamin kehadiran pengunjung yang berpusu-pusu.

Menerusi satu perkongsian video yang tular, dapat diperhatikan suasana di sekitar Pantai Cenang yang tak ubah seperti 'bandar mati'.

Walaupun begitu, setiap gedung perniagaan di situ dibuka seperti biasa menanti sambutan daripada pelawat.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan merakamkan keadaan di Pantai Cenang sambil menzahirkan rasa terkejut.

“Pantai Cenang, Langkawi... apa sudah jadi? Tak ada orang... dah jadi pantai lengang,” tulisnya pada video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Video naik pesawat ke Langkawi sambil makan scone buat ramai ‘tertipu’, tak sia-sia pemuda ini keluar masuk kedai hardware!

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi di Langkawi, pengunjung tumpang gelak 2 gadis jatuh buaian macam nangka busuk... ada yang syak jersi Arsenal jadi punca!

Lelaki itu seterusnya meluahkan kekecewaan dengan menyatakan bahawa hari itu adalah hujung minggu tetapi kunjungan daripada pelancong masih menghampakan.

“Apa jadi dengan Pantai Cenang, hari ini hari Sabtu, lengang weh takde orang. Semua pakat pergi Thailand ke? Langkawi, Sabtu malam Ahad kosong,” ujarnya dalam video itu.

gambar blur combine (LATEST)

Antara komen netizen mengenai pengalaman percutian ke Langkawi.

Menerusi ruangan komen, warganet berkongsi pandangan dan pengalaman dengan kebanyakan mereka mendakwa harga barangan di Pantai Cenang sebagai cekik darah.

Ini termasuk kos penginapan, makanan dan membeli belah.

Langkawi RM 5,000 memang tak cukup, jadi pilihan Johor... nak seafood Mersing, homestay pun murah.

NETIZEN

Ada juga yang menyatakan Langkawi tidak lagi menjadi destinasi tumpuan mereka, sebaliknya Kota Tinggi di Johor telah mengisi kekosongan tersebut.

“Makanan mahal, hotel mahal, semuanya mahal.

Photo pulau cenang

Pantai Cenang pada malam minggu.

“Langkawi RM5,000 memang tak cukup, jadi pilihan Johor... nak seafood Mersing, homestay pun murah, nak shopping pergi Kota Tinggi, tempat sejarah pun banyak.

Last option jika nak ke Langkawi sebab costing terlalu mahal... bukan nak berkira tetapi too much, hope mereka improve jika tak melingkup la bisnes,” kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain