suria

Tragedi di Langkawi, pengunjung tumpang gelak 2 gadis jatuh buaian macam nangka busuk... ada yang syak jersi Arsenal jadi punca!

Dua sahabat, Nisa dan Fana terjatuh apabila buaian kayu yang dinaiki mereka patah.

BUKAN sahaja dapat sakit malah siap dengan 'pakej' malu.

Itulah situasi yang dialami dua sahabat baik selepas aktiviti perkelahan mereka berakhir dengan 'tragedi' lucu apabila kedua-duanya terjatuh dari buaian.

Video detik-detik lucu tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok sehingga kini meraih lebih daripada 574,000 jumlah tontonan!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berpecah dengan geng lelaki, grup gadis cuak geng anjing pula ‘escort’ ketika hiking - “Saya perasan ekor mereka goyang-goyang”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita comel ‘bersuara’ selepas uji kesabaran 2 sahabat, banyak rehat sambil buat ‘drama’ ketika hiking - “Trek sangat rileks, saya saja je mengada”

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nisa berkata, insiden tersebut berlaku minggu lalu ketika dia bersama keluarga dan rakan baiknya, Fana, berkelah di Pantai Tengkorak, Langkawi.

"Saya sememangnya menetap di Mata Air, Langkawi bersama keluarga dan ini bukan kali pertama kami ke Pantai Tengkorak. Saja nak beriadah dengan keluarga pada hujung minggu lalu dan Fana pun join.

"Dekat port kami piknik, ada satu buaian yang tempat duduknya adalah sebatang kayu yang diikat dengan tali pada dahan pokok. Mula-mula saya naik seorang dulu dan ada ahli keluarga tangkapkan gambar.

"Kemudian saya dan Fana nak abadikan gambar kami berdua di atas buaian tu. Saya memang dah duduk atas buaian tu... elok lagi kayunya. Sebenarnya cuak juga tapi kami yakin kayu tu okay.

jatuh baru 1

Nisa dan Fana berkawan rapat sejak kecil.

"Bila Fana datang dan duduk sebelah saya, tak sampai tiga saat terus kayu patah sebab tak mampu tampung berat kami berdua. Terus kedua-duanya terjatuh ke tanah," ceritanya mengimbas kembali peristiwa berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun ini berkata, mereka berdua tidak mengalami sebarang luka atau kecederaan lain kerana buaian tersebut tidak terlalu tinggi dari tanah.

"Sakit tu sakit sikit tapi lebih banyak rasa malu sebab ramai juga orang dekat kawasan pantai tu dan mereka tumpang gelak. Kami macam segan nak bangun sebab jatuh macam 'nangka busuk'," cerita pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelibang, Langkawi ini.

jatuh baru 2

Dua sahabat ini turut membuka bisnes pakaian 'bundle' bersama.

Bercerita lebih lanjut, Nisa berkata dia sememangnya bersahabat baik dengan Fana kerana menuntut di sekolah yang sama, malah mereka turut menjadi rakan kongsi bisnes pakaian bundle secara dalam talian (online) sejak empat bulan lalu.

Gadis ini berkata dia sama sekali tidak menyangka video yang dimuat naik untuk tujuan suka-suka itu mencuit hati ramai.

Bila Fana datang dan duduk sebelah saya, tak sampai tiga saat terus kayu patah sebab tak mampu tampung berat kami berdua.

NISA

"Saya gelak je bila baca komen netizen. Kebetulan masa picnic, saya pakai jersi Arsenal. Ada yang komen, buaian tu tak suka fans Arsenal... sebab tu kayunya patah.

"Sebenarnya saya bukan peminat Arsenal pun dan tak minat mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris. Baju tu saja-saja pakai kerana ia pemberian orang. Tapi saya bersyukur, bila video tu viral, ramai netizen join live kedai bundle kami," ujarnya.

Merupakan anak jati Langkawi, Nisa yang juga anak bongsu daripada tiga adik beradik ini mengakui pulau legenda itu 'sepi' sekian lama gara-gara pandemik Covid-19 sebelum ia mula dibuka kepada pelancong bermula 16 September lalu.

jatuh baru 3

Nisa sememangnya merupakan anak jati Pulau Langkawi.

"Sebelum ini memang sangat-sangat meriah tapi bila start Covid-19, pergi mana-mana pun jumpa orang tempatan saja... dah tak nampak muka mat atau minah salih.

"Sekarang ini barulah meriah sikit tapi tidaklah semeriah dulu. Sebabnya nak masuk Langkawi perlu lalui prosedur operasi standard (SOP) yang sangat ketat. Barulah nampak muka-muka pelancong," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

'Tolonglah sokong Arsenal'

Artikel Lain