suria

Kereta rosak tak ada siapa tolong, pemilik MPV ‘belajar sesuatu’ sebelum ketawa sendiri... orang tak disangka yang sudi bantu

Lelaki yang keretanya rosak ini, akhirnya dibantu oleh orang yang tak disangka-sangka.

PEPATAH ada menyatakan, ketika dalam kesusahan kita akan dapat mengenali siapa itu kawan dan siapa itu lawan.

Seseorang itu mungkin tidak menarik dipandang penampilannya, tetapi harus diingat suatu hari nanti mungkin mereka yang akan menolong kita dalam kesusahan.

Begitulah situasi dialami seorang lelaki yang keretanya rosak di tengah kesibukan lalu lintas sekali gus mengganggu aliran trafik dipercayai di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Dalam video yang dikongsi, lelaki tersebut menceritakan bagaimana dia mengerah keringat menolak kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria miliknya secara bersendirian selama 20 minit.

Namun, apa yang membuatkan dia kagum adalah, insan yang sudi menawarkan bantuan untuk mengalihkan kereta ke bahu jalan selepas itu merupakan warga asing dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Ini kereta saya rosak dekat tepi jalan, bila nak tolak kereta ni, satu orang pun tak ada nak tolong, semua hanya lalu je.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Exco KLFA tersadai tepi MRR2, mujur abang Foodpanda bagi servis 5 bintang, “Bukan sebab makanan tapi...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tersadai tepi jalan, lelaki ini tak sangka ada rider singgah jenguk dan hulur makanan... terkejut dapat tahu identitinya - “Saya minta rakan bawa dia datang rumah”

“Korang nak tahu tak siapa yang tolong saya? Orang yang naik kereta buruk, orang yang susah, warga asing yang tolong saya,” katanya sambil ketawa sendiri.

Gambar komen TikTok Kereta

Antara perkongsian warganet.

Dalam video itu juga, dapat dilihat pakaiannya basah kuyup akibat bermandi hujan dan peluh.

Menerusi ruangan komen, netizen berkongsi bagaimana mereka yang pernah berdepan kesusahan akan mempunyai empati untuk membantu orang lain yang mengalami nasib sama.

Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami...

NETIZEN

Selain itu, ada juga yang mengaku pernah berada dalam situasi sama dan akhirnya pemandu lori yang sudi membantu menghentikan pergerakan trafik agar keretanya tidak dilanggar.

“Sebab mereka pernah rasa susah sebab itu mereka tolong... Semoga dapat kereta baru. Amin.

Gambar hiasan tolak kereta

Seorang pemuda belajar sesuatu selepas sendirian menolak keretanya yang rosak - Gambar hiasan

“Orang kereta besar tolong bang, tolong hon... Orang kereta buruk memahami sebab selalu mengalami... pernah abang motor tolak kereta dalam hujan lebat... terima kasih abang motor.

“Saya dulu habis minyak kereta, orang kampung naik motor yang datang tolak kereta,” kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain