suria

Foto ‘legend’ gamit nostalgia Tambak Johor... Kagum ramai boleh jalan kaki, tetap ‘smart’ pakai baju masuk dalam

Tambak Johor dahulu (kiri) dan sekarang mengembalikan nostalgia sebahagian rakyat Malaysia. foto Facebook

GAMBAR dulu-dulu pastinya menggamit memori.

Bagi generasi terdahulu, sekeping foto lama menunjukkan Tambak Johor yang menjadi penghubung utama antara Malaysia dan Singapura pastinya akan mengembalikan nostalgia.

"Once upon a time (Suatu masa dahulu)," demikian perkongsian menerusi grup Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers (MSBC).

Walaupun hanya satu lorong bagi setiap laluan pergi dan balik antara kedua-dua negara ketika itu, namun Tambak Johor amat dirindui terutamanya bagi rakyat Malaysia yang bertahun-tahun mencari rezeki di republik itu.

tambak johor 5

Kesesakan lalu lintas di Tambak Johor merupakan perkara biasa pada hari ini.

Warga tempatan yang bekerja di negara jiran kini bukan sahaja perlu bangun seawal pukul 3 pagi, malah lumrah bagi mereka terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas setiap hari.

"Yang tak berubah hanya paip air besar tu.

"Gambar legend.

"Lebih suka yang ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak manja! Pekerja 'otai' di Singapura menyampah Gen Z kuat merungut Tambak Johor sesak... "Tak nak jammed, duduk kampung"

ARTIKEL BERKAITAN: BBNU Malaysia kerja di Singapura bangga tayang gaji dekat TikTok? Tunjuk yang 'indah' je, sorok yang buruk

Bagaimanapun, tidak dipastikan bilakah gambar tersebut dirakam, tetapi ada yang mengatakan laluan penghubung Selat Johor itu adalah sama ada pada sekitar tahun 60-an atau 70-an.

"Pada masa ini tiada apa-apa untuk membeli-belah di kedua-dua negara. Lebih kepada ziarah keluarga. Ini mesti 60-an atau awal 70-an. Sebab Woodlands (Singapura) sudah mula membangun pada 80-an sebab saya ziarah saudara saya di flat di Woodlands pada 80-an," ujar netizen.

tambak johor 2

Antara foto lama Tambak Johor yang dikongsi di laman sosial. sumber Facebook

Menerusi perkongsian foto lama yang lain pula menyaksikan Tambak Johor dengan keadaan lalu lintas yang sesak dan terdapat sejumlah orang menggunakan laluan pejalan kaki.

"Masa ni checkpoint Johor dekat lagi.

Teringat arwah ayah saya membesarkan kami lapan beradik. Daripada anak nombor satu sampai la saya lahir iaitu anak nombor enam bekerja di Singapura."

NETIZEN

"Dulu jalan kecil, boleh jadi besar. Jadi kenapa sekarang tak besarkan lagi?

"Masa tu masih boleh naik kereta api dari Tanjong Pagar. Kaunter imigresen Singapura dan Malaysia dua-dua kat situ. Tiba-tiba terus (bertukar) ke stesen Johor Bahru.

tambak johor 8

Antara komen netizen.

"Dulu semua pakai smart.

"Nostalgia. Teringat arwah ayah saya membesarkan kami lapan beradik. Daripada anak nombor satu sampai la saya lahir iaitu anak nombor enam bekerja di Singapura."

"Relaks je jalan kaki, baju masuk dalam," demikian komen netizen menerusi hantaran foto di Facebook yang dikatakan suasana era 1970-an dengan kapsyen 'Cerita pasal jammed yang tak ada kesudahannya'.

Seiring dengan peredaran zaman terutamanya nilai mata wang dolar Singapura yang lebih kukuh berbanding Ringgit, membuatkan Tambak Johor terus menjadi tumpuan buat rakyat Malaysia yang mahu mencari rezeki demi menampung keperluan diri dan keluarga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain