suria

Nak tidur dengan cikgu, siap naik ke riba! Netizen ‘cemburu’ murid dapat bermanja... Siap ada gadis tawar diri jadi suri hati teacher

Kasih sayang yang ditunjukkan guru ini kepada anak muridnya mendapat perhatian netizen.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang tenaga pengajar menguruskan anak-anak muridnya di sebuah prasekolah menyentuh hati netizen.

Mana tidaknya, dapat dilihat kasih sayang yang ditunjukkan guru berkenaan apabila beberapa anak asuhan menghampirinya ketika waktu tidur sebagai tanda mereka begitu selesa dan selamat.

Guru berkenaan, Muhammad Arash, 26, berkata rakaman tular yang meraih 1.7 juta tontonan di TikTok itu berlaku ketika semua pelajarnya sedang berehat di Muslim WhizKidz Preschool, Pulau Pinang.

Ketika dihubungi mStar, jejaka senang disapa Arash menceritakan semula kisah di sebalik video menunjukkan kasih sayangnya terhadap anak-anak didiknya itu.

“Kejadian tu selepas seminggu cuti sekolah. Apabila mereka datang semula, semua teruja nak cerita apa yang mereka buat masa tak hadir ke sekolah.

“Masa waktu tidur (nap time), ada seorang budak datang cakap nak tidur atas riba saya. Tak lama lepas tu seorang demi seorang datang. Semua cakap benda yang sama nak tidur dekat saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik ‘pulas’ kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari ‘malang’... koridor asrama tiba-tiba sunyi

ARTIKEL BERKAITAN: Guru sebak terlihat ‘sisi’ lain pelajarnya ketika bertembung adik, selama ini hanya dianggap penghibur kelas

“Selalunya saya tak galakkan mereka tidur dekat saya sebab tak muat nak letak semua atas riba saya dan cikgu-cikgu lain. Tapi kalau saya perasan body language budak tu macam sedih dan perlukan perhatian lebih, saya akan beri tumpuan sepenuhnya dekat dia,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai rutin harian di sekolah, menurut Arash pelajar perlu mengikut polisi tadika di mana mereka diwajibkan mendengar ayat-ayat al-Quran atau lagu nasyid sebelum dan semasa tidur.

Ujarnya lagi yang sudah mengajar lebih tiga tahun, semua pelajar di sana di layan sama rata tanpa memilih pelajar kegemaran.

Arash mempunyai pengalaman mengajar melebihi tiga tahu.

Katanya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga, dia juga melayan semua pelajarnya dengan penuh kasih sayang tanpa memilih kasih.

“Saya tak ada kakak, abang atau adik. Mungkin sebab itulah saya suka melayan mereka ni macam adik-adik sendiri.

“Bagi saya semua student sama manja. Memang fitrah budak itu manja dan mereka memang selalu cari jalan dan cara untuk dapatkan perhatian. Ada hari budak A rasa nak manja ada hari budak B rasa nak manja. Semua saya layan sama adil dan penuh kasih sayang.

Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan ‘love language’.

ARASH

“Ibu bapa tahu anak-anak mereka rapat dengan saya. Saya tahu sebab budak-budak suka bercerita. Kadang-kadang ada juga parents hubungi saya cakap anak rindukan saya dan nak datang sekolah.g

"Pernah sekali parents call waktu malam sebab anak menangis nak main dengan teacher Arash,” ujarnya lagi.

Gara-gara videonya tular, Arash menerima pelbagai reaksi netizen termasuk terdapat beberapa orang kaum wanita yang turut menawarkan diri mereka untuk menjadi isterinya.

“Secara peribadi, ini merupakan satu pengalaman yang saya sendiri tak jangka. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Bagi yang offer nak jadi isteri saya tu, boleh cuba mana tahu berjodoh.

Arash (kiri) bersama pelajar dan para tenaga pengajar lain.

“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.

“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya mengenai perancangan masa depan.

Dalam pada masa sama, Arash yang menetap di Pulau Pinang berkata dia sememangnya meminati pendidikan awal kanak-kanak.

WhatsApp Image 2022-10-04 at 10.12.59 AM

Antara komen netizen di TikTok.

Bagaimanapun katanya kerjaya ini memerlukan kesabaran tinggi selain cuba perbaiki diri dan memahami sifat dan perangai pelajar dengan lebih baik.

“Bukanlah tempat saya untuk berikan nasihat kepada sesiapa tetapi apa yang selalu saya praktikkan adalah sentiasa mengingati segala gerak geri ni diperhatikan Allah.

“Kalau saya stress atau rasa nak marah, saya kawal balik dengan tengok memori-memori indah dengan mereka contohnya sewaktu trip kami ke Top Komtar.

"Masa tu semua pelajar teruja tengok 'dinosaur', bermain Marry Go Around dan banyak lagi masa tu,” ujar Arash.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain