suria

Umpan jajan je! Rakaman cubaan culik tular, pelaku bawa plastik hitam siap heret tangan budak

Sebuah video menunjukkan kaedah digunakan pihak sekolah dalam mengajar kanak-kanak elak menjadi mangsa culik.

SEJAK kebelakangan ini, kes cubaan culik melibatkan pelajar sekolah dilaporkan berlaku di beberapa negeri antaranya Perak, Pahang, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.

Bagaimanapun, kenyataan polis menyebut siasatan yang dijalankan mendapati dakwaan tersebut bukan sahaja tidak berasas malah didapati palsu dan sengaja direka oleh pelajar terlibat.

Sungguhpun begitu, perkara demikian pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya setelah menghantar anak mereka ke sekolah.

Malah ada juga pengurusan sekolah yang sudah mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengingatkan murid tentang keselamatan diri dan mengeluarkan notifikasi untuk mengingatkan mereka akan bahaya.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang wanita berkongsi rakaman menunjukkan sekumpulan kanak-kanak diajar mengenai situasi atau helah ketika penculikan berlaku.

Menerusi rakaman itu kelihatan seorang individu yang berpakaian mencurigakan seolah-olah kelihatan seperti penculik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya cakap Terengganu, tiba-tiba wanita ‘speaking’ dengan anak di restoran... Paling geram tuduh pemuda penculik

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tragedi’ roller coaster, ibu trauma pulang bercuti! Anak kecil nyaris diculik wanita asing berselubung kain putih

Kemudian, dia menghulurkan makanan ringan atau snek sebagai umpan kepada murid sebelum cuba melarikan mereka secara paksa.

Majoriti kanak-kanak dalam video berkenaan memberikan reaksi kurang senang dengan ramai antara mereka yang menangis dan menjerit ketakutan tatkala dihampiri individu tidak dikenali.

“Bagus la mereka ajar macam ni dekat budak-budak. Mereka faham apabila tengok,” tulis wanita ini pada video di TikTok.

Komen netizen di TikTok.

Perkongsian video tersebut membuka mata masyarakat kita bahawa cara yang diajarkan kepada kanak-kanak ini merupakan satu inisiatif baik daripada pihak sekolah.

“Biar mereka menangis, daripada kita yang menangis. Bukan untuk takutkan tetapi supaya mereka faham. Idea bagus.

“Bagus pendekatan ni. Learning by doing. Biar mereka menangis masa ni daripada nangis masa dah terlambat.

Bagus la mereka ajar macam ni dekat budak-budak... mereka faham apabila tengok.

NETIZEN

“Benda macam ni bagus. Sebab budak-budak dia lebih peka dengan apa yang dia nampak berbanding apa yang kita pesan atau cakap.

“Baguslah macam ni. Tapi mesti budak-budak tu trauma. Tapi tulah untuk bagi mereka faham jangan senang-senang ikut orang tak kenal bagi jajan ni,” komen netizen di TikTok.

Selain memberi fokus pada kesedaran disampaikan, tumpuan netizen turut teralih kepada kanak-kanak berbaju oren.

Kata netizen, kanak-kanak itu sangat berani apabila cuba melindungi setiap rakan yang menjadi ‘mangsa’ penculikan.

“Baju oren tu protective sangat, macam abang-abang. Baju oren tu saya cadangkan jadi ketua kelas.

Budak lelaki berbaju oren (kanan) menjadi perhatian warganet.

“Bagus baju oren tu. Dia cuba nak lindung budak-budak lain,” komen netizen di TikTok.

Untuk rekod, video tersebut meraih lebih lebih 3 juta jumlah tontonan di platform berkenaan.

Walau bagaimanapun wanita berkenaan tidak berkongsi sumber asal video tersebut.

Namun ramai warganet bersetuju agar kaedah tersebut dilakukan di sekolah di negara ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain