suria

Anak pecahkan cawan mahal, ibu merungut adik ipar beritahu harga! Siap tuduh berkira... “Sikit je pun bukan tak boleh guna lagi”

Seorang kanak-kanak dikatakan memecahkan gelas kaca mahal di rumah ibu saudaranya.

KETIKA berkunjung ke rumah orang, kita diharuskan menjaga adab dan tingkah laku sebagai tetamu, lebih-lebih lagi jika membawa anak kecil.

Bukan apa, kadang kala dibimbangi tingkah laku si kecil seperti makan bersepah, tertumpah air atau tidak sengaja merosakkan barangan akan menimbulkan rasa kurang senang tuan rumah.

Baru-baru ini dalam satu perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana adik iparnya bermasam muka ketika dia dan keluarganya mengunjungi rumah wanita tersebut.

Ciapan asal yang tular.

Reaksi itu si adik ipar berikutan insiden di mana anaknya merosakkan barangan berharga tanpa sengaja.

“Tak boleh brain aku, adik ipar tarik muka sebab anak aku terpecahkan gelas dia.

“Ya aku admit salah aku suruh anak minum sendiri. Anak aku ambil gelas dekat dapur aku tak tahu sedar-sedar 'kecinggg!!' (bunyi gelas) pecah,” tulisnya.

Wanita itu kemudiannya menyatakan bahawa dia mahu membayar ganti rugi kerosakan segelas cawan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel tambat anak macam binatang, ibu panas hati sikap lelaki kurang ajar! Geram masyarakat tak faham fungsi tali anti hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Namun, setelah dinyatakan harga, wanita ini mendakwa adik iparnya mengambil kesempatan dengan caj bayaran mahal.

“Aku cakap nak ganti, dia cakap sampai RM200 hingga RM300. Melampau betul. Dengan kakak ipar pun nak ambil kesempatan,” katanya lagi berdasarkan tangkap layar yang diciap di Twitter.

Bersama ciapan teguran itu, individu yang berkongsi tangkap layar berkenaan turut berkongsi pautan laman e-dagang bagi harga set lapan gelas cawan bersama satu jag berjenama Vantage Fine Porcelain.

Hasil carian di Internet mendapati set cawan dengan kapasiti berkenaan dijual pada harga RM199.

Tak boleh nak brain ada orang yang ambil mudah harta orang lain.

NETIZEN

Setelah mengetahui mengenai harga ditunjukkan, warga maya mula memberikan respons terhadap ciapan yang dimuat naik lelaki ini.

“Tak boleh nak brain ada orang yang ambil mudah harta orang lain. Setiap harta orang hatta adik beradik sendiri pun jangan buat mudah saja.

“Harap-harap adik ipar dia tu ada anak, suruh budak tu campak pula laptop makcik dia dari tingkat 15 lepas tu cakap tercampak, biasa la budak-budak. Dia ingat tu frisbee, alah ludah air liur sikit eloklah ni nanti.

Antara komen netizen di Twitter.

“Dia ingat tu cawan beli kat Giant (pasaraya) ke? Pecahkan la Royal Albert ke, Royal Doulton ke, Noritake ke. Baru buntang biji mata tengok harga piring cawan sebiji beratus-ratus.

“Dia struggle simpan duit nak beli set tu kak. Hang tak jaga anak hang elok-elok lepas tu nak salahkan tuan rumah kata ambil kesempatan bayar dua atau tiga ratus.

"Dah harga dia macam tu. Kalau aku pun angin. Cuba bayangkan benda tu hang dah idam lama. Tiba-tiba lingkup dekat tangan orang lain,” tulis netizen pada posting asal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain