suria

Geli dan jijik! Penghuni buang lampin, tuala wanita dari tingkat atas... “Jujur cakap rumah flat memang macam ni”

Seorang wanita berkongsi video mengenai keadaan rumah flat yang kotor.

MEMASTIKAN kawasan perumahan selamat dan bersih pastinya menjadi keutamaan bagi masyarakat yang hidup dalam sebuah komuniti.

Malah, semua penduduk haruslah memainkan peranan seperti mempunyai sikap bertoleransi dalam memelihara dan mengekalkan kedamaian antara satu sama lain.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu dikatakan agak mementingkan diri sendiri dengan tindakan mereka yang memberi kesan terhadap jiran tetangga lain.

Begitulah situasi yang berlaku di sebuah flat perumahan seperti dikongsikan oleh wanita ini di media sosial.

Dalam video itu, wanita berkenaan merakamkan situasi di tingkat bawah yang kelihatan sangat menjijikkan dengan sampah sarap.

Ia dipercayai dibuang oleh penghuni fat berkenaan daripada tingkat atas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda stres dapat 9 housemates pengotor! Kuali 2 bulan tak basuh, tak peduli pinggan kotor dibuang luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Kencing dalam botol, tahi merata... bilik dah macam tong sampah! Satu rumah busuk kerana seorang penyewa pengotor

“Dasar pemalas! Pengotor!

Diapers, pad, sisa makanan... macam-macam ada,” tulisnya pada video berkenaan.

Jelas sekali, sikap si pelaku ini yang pemalas dan pengotor seperti didakwa enggan turun ke bawah atau membuang sampah di tempat sepatutnya.

Menerusi ruangan komen, wanita ini turut meluahkan rasa geramnya terhadap tindakan penduduk setempat walaupun ada pekerja pembersihan yang bertugas mencuci dan mengutip sampah yang bertaburan itu.

Kalau nampak siapa buang, kutip balik sampah tu pergi campak depan rumah dia.

NETIZEN

Bukan itu sahaja, sikap penduduk yang tidak bertanggung jawab itu turut membuat warganet terkejut dan mengeluh.

Mereka berpendapat bahawa perbuatan yang tidak bertamadun ini merupakan satu perkara biasa bagi mereka yang tinggal di kawasan sedemikian.

Selain itu, warga maya turut berkongsi kisah pengalaman mereka duduk di kawasan seakan sama sebelum berpindah.

Komen netizen mengenai posting asal.

“Saya dulu sewa rumah flat selama 10 tahun, duduk bawah sekali. Pad yang tak basuh dia campak belakang. Sekarang dah pindah, tak sanggup hadap semua tu... geli!

“Kalau nampak siapa buang, kutip balik sampah tu pergi campak depan rumah dia.

“Jujur cakap rumah flat memang macam ni perangai. Saya dulu duduk kondominium tak nampak tengok orang buang sampah macam ni,” kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain