suria

Mujur sembang dengan suami pasal telur! Wanita berdebar fikir rumah rentung selepas rebus 13 biji telur, kemudian selamba pergi klinik dan shopping

Keadaan telur yang dibiarkan terlalu lama di atas dapur. foto FB Masak Apa Tak jadi Hari Ni Official.

SIAPA sangka rancangan seorang wanita untuk memenuhi janji temu di sebuah klinik nyaris bertukar tragedi.

Malang memang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja.

Menerusi satu perkongsian, detik mendebarkan itu bermula apabila dia merebus lebih sedozen telur sebelum bergegas ke klinik.

"Rebus telur 13 biji, lepas tu mandi manda. Lepas tu cepat-cepat keluar sebab ada appointment dengan klinik gigi lebih kurang 6 kilometer dari rumah.

"Lepas tu singgah pasar raya sebelum balik rumah," kongsi seorang wanita di grup Facebook Masak Apa Tak jadi Hari Ni Official.

rebus telur 8

Satu perkongsian di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Menurut wanita itu, dia hanya menyedari 13 biji telur yang direbusnya di atas dapur masih belum dipadamkan api setelah selesai membeli barang di pasar raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang menjerit cemas satu bilik berasap gara-gara tungku usia 38 tahun, cadar dan tilam terbakar... apa suami dah buat?

ARTIKEL BERKAITAN: Niat kongsi video masakan, tapi kesan hitam kuali 'legend' arwah mak pula jadi bualan hangat... wanita ini pernah menangis di dapur pukul 4 pagi

"Masuk dalam kereta sambil sembang dengan suami pasal telur, barulah teringat sebelum keluar ada tenggek telur atas dapur.

"Berdebar-debar nak sampai ke rumah fikirkan macam-macam kemungkinan," tambahnya.

rebus telur 9

Kejadian merebus telur yang turut dikongsi pengguna Facebook lain. foto Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official.

Setibanya di rumah dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk yang berlaku, bagaimanapun kesemua telur yang direbus pecah dan isi di dalamnya rentung.

"Memang dah kering habis air dalam periuk. Mujurlah tidak berlaku perkara buruk yang dibayangkan. Mujur juga hidupkan api gas kecil sahaja," katanya.

Alhamdulillah. Allah SWT masih lindungi. Telur rentung tak apa, jangan rumah rentung.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut cemas dengan insiden yang menimpa wanita berkenaan dan bersyukur kerana tiada perkara buruk yang berlaku.

"Alhamdulillah. Allah SWT masih lindungi. Telur rentung tak apa, jangan rumah rentung.

"Aku yang baca berdebar. Syukur kepada Tuhan tak terjadi apa-apa. Semoga kita terhindar dari bab-bab lupa ni. Jangan pandang ringan bab pelupa macam ni," antara komen netizen.

rebus telur 5

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, sebahagian netizen lain turut berkongsi kejadian seumpamanya dan berharap perkongsian itu mendapat perhatian supaya sentiasa beringat dan berhati-hati.

"Pernah kena, mujur sebiji telur je gara-gara orang panggil. Serik dah.

"Masa tu rebus telur untuk jualan nasi lemak. Sebelum tidur, rebus dulu api memang kecil je. Pesan dengan anak-anak jangan lupa tutup api telur. Sekali bangun pukul 3 pagi satu rumah bau hangit telur tu dah meletup-letup dalam periuk. Air kering hangit periuk, nasib baik tak terbakar rumah.

"Saya rebus 10 biji telur. Rebus malam sebelum masuk tidur. Api memang saya buka betul-betul yang paling kecil. Pagi esoknya, lepas solat subuh saya baru teringat rebus telur. Tak sempat buka telekung terus berkejar ke dapur. Tengok kulit telur kat lantai. Ya Allah, memang betul-betul tak tutup api.

"Saya pun pernah kena. Sampai sekarang sebelum keluar rumah, saya periksa dapur banyak kali. Macam OCD dah," kata netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain