suria

Celik mata masih gelap, tengok jam sudah 7.30 pagi! Minah Australia pelik tak nampak matahari di Langkawi - “Malaysia adalah magik!”

Seorang pelancong asing berkongsi kisah matahari terbit di Malaysia.

PUJIAN menggunung daripada pelancong asing terhadap keindahan Malaysia bukanlah perkara baharu.

Ia termasuk perasaan kagum mereka terhadap cara dan gaya hidup rakyat tempatan.

Namun, bagi seorang wanita warga asing ini, dia melihat keunikan Malaysia daripada perspektif yang berbeza iaitu dengan berdasarkan waktu matahari terbit.

Wanita ini menunjukkan waktu matahari terbit di Langkawi.

"Tengok ni, tengok ni... pukul 7.30 pagi tapi matahari masih belum terbit. Masih gelap di luar.

"Itu bermakna saya boleh menyaksikan matahari terbit setiap hari dan masih boleh tidur," kata wanita yang berasal dari Australia itu.

Lebih dikenali sebagai Mia Chloe, dia membandingkan dengan negara kelahirannya yang terkenal dengan kangaru itu apabila menyaksikan matahari terbit bermula seawal pukul 6 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: "Menjadi kerana anda cantik" - Minah salih teruja ‘kuasa tangan’ berjaya, senang nak melintas! Netizen kata ikut nasib, tetap kena hati-hati

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut rakyat Malaysia main bola jam 1.30 pagi, Minah Salih disaran keluar lewat malam tinjau KL... lepak mamak, 'layan' nasi lemak

Fenomena alam itu membuatkannya dia kagum dengan 'keajaiban' di Malaysia.

"Apakah itu? Magik? Malaysia adalah magik," katanya lagi.

Wanita ini menganggap satu keajaiban di Malaysia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terutama dalam kalangan rakyat Malaysia berkongsi pandangan mereka mengenai gaya hidup di negara ini.

"Kami tidur pukul 3.30 pagi selepas makan mi goreng di kedai mamak.

Anda sudah cipta slogan baharu untuk pelancongan Malaysia... Malaysia adalah Magik.

NETIZEN

"Kami pun tidur lambat. Malaysia unik, bukan magik.

"Anda sudah cipta slogan baharu untuk pelancongan Malaysia... Malaysia adalah Magik," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Sementara itu, segelintirnya turut mencadangkan wanita ini supaya berkunjung ke Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak bagi menikmati suasana matahari terbit yang lebih awal.

"Hanya di Malaysia Barat, bukan di Malaysia Timur.

"Datang ke Malaysia Timur... ia (matahari) akan terbit awal.

"Di Sabah, pukul 6 pagi sudah terang.

"Datang ke Sabah, saya rasa anda masih tidur apabila matahari terbit," komen netizen.

Video yang dimuat naik di TikTok @meanderwithmia yang berkongsi tentang pengembaraan dan gaya hidup itu sehingga kini meraih lebih setengah juta tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain