suria

Peniaga kedekut teruk! Popia goreng inti 2 urat tauge mengejutkan pelanggan, luaran je nampak normal - “Jenis berniaga tak nak keberkatan”

Seorang pelanggan mendakwa popia goreng yang dibelinya hanya berintikan dua urat tauge.

KEBIASAANNYA kuih popia goreng akan diisi dengan aneka sayur, telur, ayam atau daging yang dicincang untuk dijadikan inti.

Teksturnya yang rangup selepas digoreng dan dicecah pula dengan sos menjadikan makanan ini laris jualannya terutama waktu petang.

Namun, seorang pelanggan meluahkan rasa hampa apabila dia membeli popia goreng berintikan angin (kosong) sebelum memuat naik video di TikTok.

Video tersebut yang dikongsi oleh @sanusi_rashid menunjukkan bungkusan kulit popia dibuka perlahan-lahan dan cukup mengejutkan apabila di bahagian dalamnya boleh dikatakan hampir tiada inti.

"Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video itu, jelas kelihatan makanan itu nampak bersaiz besar kerana dibalut dengan kulit popia yang tebal.

Difahamkan popia itu berharga RM1 sebiji dan di dalamnya hanya mempunyai dua urat tauge.

"Kayalah penjual. Seringgit satu batang ni. Kerepek (kulit popia) sahaja seringgit. Sayur dua urat sahaja. Zalimlah penjual," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua jejaka Cina jejak tempat makan dapat ‘bad review’ di Google, sanggup telan tauhu busuk... Lepas ni kedai Melayu pula

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu scam anak sendiri! Masak nasi bujang di dapur tapi bungkus macam kedai, siap ada paper bag... Habuan asyik nak makan luar

Melihat kepada popia yang dijual, peniaganya seolah-olah hendak mengaut untung lebih dengan menjual hidangan yang tidak masuk akal.

Peniaga tersebut juga dikatakan telah melanggar 'hukum' resepi popia goreng yang sepatutnya mempunyai inti mencukupi .

Sehingga kini, video tular itu meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penjual seperti ini tidak ikhlas dalam berniaga.

"Sabar abang. Nak buat macam mana. Ramai yang berniaga macam ni sekarang. Jenis yang berniaga tak nak keberkatan.

"Lepas ni tak pergi beli dah la. Kalau lalu mungkin akan jeling sekali tuan kedai dan siap geleng kepala. Kalau sayalah," demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan pengalaman sama seperti pengguna TikTok berkenaan.

"Anak saya pun terkena macam ni juga abang. Seringgit sebiji. Rasa terkejut juga. Buat aniaya orang macam ni.

"Saya pernah terkena juga macam ni. Sekali kena tak beli dah lepas tu.

"Sekarang nak cari popia ada tauge pun susah. Banyak sayur kobis dengan lobak merah sahaja," kongsi beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain