suria

“Menjadi kerana anda cantik” - Minah salih teruja ‘kuasa tangan’ berjaya, senang nak melintas! Netizen kata ikut nasib, tetap kena hati-hati

Minah salih cuba melintas jalan sambil mengangkat sebelah tangan.

MALAYSIA bukan sahaja kaya dengan adat dan budaya, malah mempunyai keunikannya tersendiri.

Anda bukanlah rakyat Malaysia 'sebenar' sekiranya tidak melakukan beberapa perkara yang cukup sinonim di negara ini.

Antaranya, lepak di kedai mamak sampai pagi, menyebut 'lah' dalam perbualan dan menggunakan 'kuasa tangan' atau 'the power of hands'.

'Kuasa tangan' ini bermakna seseorang itu memberi isyarat tangan apabila melintas jalan bagi membolehkan pemandu di hadapan berhenti atau memperlahankan kenderaan bagi memberi laluan, meskipun menggunakan kemudahan lintasan pejalan kaki.

Gadis ini memberi tumpuan sepenuhnya ketika melintas jalan.

Malah, mengangkat tangan itu juga membawa maksud berterima kasih kepada pemandu kenderaan kerana memberikan ruang untuk melintas jalan dengan selamat.

Bukan sahaja orang tempatan, malah segelintir warga asing yang berada di negara ini turut cuba 'menjiwai' keunikan rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian video di laman sosial, seorang wanita dari United Kingdom (UK) cuba melakukannya ketika melintas jalan dekat kawasan Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.

"Mari cuba kuasa tangan rakyat Malaysia untuk melintas jalan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih ini pandai 'beli' hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut rakyat Malaysia main bola jam 1.30 pagi, Minah Salih disaran keluar lewat malam tinjau KL... lepak mamak, 'layan' nasi lemak

Lebih dikenali sebagai Nicole, dia melintas jalan sambil mengangkat sebelah tangannya dan memberi tumpuan sepenuhnya ke arah kenderaan di hadapan.

"Ia sebenarnya menjadi," kata Nicole selepas berjaya menyeberangi jalan dengan selamat, yang mana ketika itu keadaan lalu lintas agak sibuk.

Wanita ini gembira kerana dapat melintas jalan dengan selamat.

Video bertajuk "Menggunakan 'tangan' yang berkuasa" yang dimuat naik akaun TikTok @nicolecrewe itu meraih lebih 600,000 tontonan.

Rata-rata netizen kagum dengan keberanian gadis ini untuk cuba melakukan perkara yang dianggap unik bagi rakyat Malaysia.

Pada masa sama, ada yang berpendapat bahawa Nicole sepatutnya mengangkat tangan lebih tinggi untuk memberi isyarat dan bukannya di paras lebih rendah seperti di dalam video.

"Sister, anda 'orang Malaysia' sekarang.

Sister, anda 'orang Malaysia' sekarang.

NETIZEN

"Kuasa tangan... sebenarnya ia adalah respek antara satu sama lain.

"Kami rakyat Malaysia bermurah hati.

"Ia menjadi kerana anda cantik.

Antara komen netizen.

"(Tangan) tak cukup tinggi.

"Tangan sepatutnya lebih tinggi," demikian antara komen netizen.

Walau bagaimanapun, segelintir netizen turut menyifatkan tindakan tersebut boleh mengundang bahaya dan menasihatkan supaya berhati-hati ketika melintas jalan.

"Ya, tapi masih perlu berhati-hati. Kadang-kadang kemalangan boleh berlaku.

"Kadang-kadang ia bertuah, kadang-kadang tidak," kata netizen yang menegaskan bahawa malang tidak berbau, sentiasa bersikap berwaspada dan berhati-hati terutama di jalan raya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain