suria

Mat salih ini pandai ‘beli’ hati rakyat Malaysia, siap puji KL lebih moden daripada NYC! Tak menyesal naik kapal terbang lebih 30 jam

Warga Amerika ini berkongsi pengalamannya berkunjung ke Malaysia.

TAK kenal maka tak cinta.

Siapa sangka dari hati yang berat untuk menempuh perjalanan lebih 30 jam ke Malaysia, akhirnya berkunjung ke negara ini berulang kali dalam tempoh singkat!

Begitulah keterujaan seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) menerusi video yang dimuat naik di laman sosial mengenai percutiannya ke Malaysia, baru-baru ini.

"Pada mulanya saya tidak mahu menaiki penerbangan selama lebih 30 jam dari Amerika.

"Tapi saya gembira kerana dapat melakukannya! Keputusan terbaik yang pernah saya buat," tulisnya menerusi keterangan video.

Bukan sekadar itu, dia turut berkongsi kegembiraannya sepanjang berada di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan digigit nyamuk, 'minah salih' bengkak kaki tak boleh pakai kasut... Tapi Malaysia tetap di hati, suka makan nasi dagang

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia negara dunia ketiga? 'Minah Salih' jalan di Pavilion buktikan kepada rakan Amerika negara kita tak mundur

"Masyarakat di Malaysia merupakan antara orang yang paling peramah di muka bumi ini.

"Malaysia sungguh cantik dan penuh dengan alam dan keindahan," ujarnya lagi.

Malah, dia turut membandingkan Kuala Lumpur dengan bandar raya paling popular di dunia dan bandar paling mahal di dunia untuk didiami, New York.

30 jam dari amerika 4

Pelancong asing memuji keindahan Malaysia dan keramahan penduduknya.

"Kuala Lumpur bagi saya lebih moden berbanding New York City, dan pastinya lebih selamat.

"Justeru, saya menggesa orang ramai yang melabelkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga supaya datang melawat, terutama rakan-rakan senegara saya di Amerika," katanya yang berkongsi rakaman di sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands.

Menerusi video berasingan, dia mendedahkan pencutiannya di Malaysia hanya selama dua minggu, tetapi ia berlanjutan hingga lebih dua bulan.

30 jam dari amerika 3

Dia menyarankan mereka yang melabelkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga supaya berkunjung ke negara ini.

Selain Malaysia, dia turut berkunjung ke beberapa negara Asia Tenggara lain iaitu Thailand dan Indonesia.

"Tapi dalam trip ini, saya kembali ke Malaysia sebanyak tiga kali, tanpa kembali ke AS.

"Pegawai imigresen tengok pasport saya, oh kamu datang ke sini minggu lepas... bulan lepas. Ya, sebab saya menyukainya... Malaysia merupakan negara yang indah," katanya lagi.

30 jam dari amerika 5

Pelancong ini turut menganggap Malaysia sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi.

Menurut jejaka itu, antara yang paling menarik perhatiannya di Malaysia adalah restoran, hutan hujan sambil menambah baginya segala-galanya terdapat di negara ini.

"Saya sayangkan anda semua, dan saya akan datang kembali! Saya cintakan Malaysia, terima kasih," katanya menerusi akaun TikTok @random.4.you.

Saya menggesa orang ramai yang melabelkan Malaysia sebagai negara dunia ketiga supaya datang melawat, terutama rakan-rakan senegara saya di Amerika.

PELANCONG AS

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen terharu dengan pengalaman yang dikongsikan oleh pelancong Amerika itu.

Pada masa sama, segelintirnya turut mencadangkan beberapa lokasi menarik untuk kunjungannya ke Malaysia pada masa akan datang.

30 jam dari amerika 1

Antara komen netizen.

"Terima kasih kerana datang ke Malaysia. Sila datang lagi bersama rakan-rakan dan keluarga anda.

"Datang ke Borneo Sarawak dan Sabah lain kali. Lebih mencabar dan menarik untuk diterokai.

"Harap kita berjumpa lagi," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain